Perak Hari Ini

Pendidikan pemangkin gagasan Perak Aman Jaya

Aspek pendidikan merupakan antara faktor utama keberkesanan perlaksanaan gagasan Perak Aman Jaya.

Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Amin, memberitahu menerusi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerajaan dapat merealisasikan agenda-agenda yang dirancang dalam Perak Aman Jaya yang lebih mudah.

Katanya, menerusi bidang pendidikan, rakyat yang berilmu dan berkemahiran tinggi dapat dibentuk dan ia akan membantu menjana pendapatan negeri apabila graduan-graduan berkenaan bekerja di Perak.

“Tidak dapat dinafikan penglibatan IPT atau kolej-kolej dalam gagasan Perak Aman Jaya memberi impak yang sangat positif kepada kerajaan.

“Kita sememangnya menyahut baik usaha IPT untuk menjalankan program-program sama ada pendidikan atau motivasi kerana ia sudah tentu akan menyumbang kepada pembangunan negeri dari dari aspek ekonomi mahupun sosial.

Menurut Aminuddin, penekanan 3Q yang menjadi teras dalam gagasan Perak Aman Jaya adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai berkualiti.

Justeru, bidang pendidikan antara fokus utama dalam proses kerajaan menjayakan seruan berkenaan.

“Kita mahu rakyat Perak bukan sahaja mempunyai pendidikan atau kemahiran yang tinggi malah aspek sahsiah, kepercayaan dan adab juga menjadi tunjang utama Perak Aman Jaya.” Katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Pendidikan anjuran Kolej Taj di Ipoh.

Daam pada itu,  Pengarah Eksekutif Kolej Taj, Mohd Azad Jasmi memberitahu kolej berkenaan sememangnya berbesar hati untuk menyumbangkan sesuatu kepada kerajaan negeri dalam usaha merealisasikan Perak Aman Jaya.

Tambah Mohd Azad, faktor penting untuk menghasilkan graduan berpendidikan dan berkemahiran tinggi adalah menyedarkan mereka mengenai peranan golongan belia kepada kerajaan.

Jelasnya, fenomena hari ini menampakkan golongan belia kurang menglibatkan diri dalam rancangan yang dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan negeri.

Justeru katanya, melalui karnival pendidikan dan ceramah yang diberi oleh agensi kerajaan ia sudah tentu dapat membuka maka rakyat akan peranan mereka kepada negeri amnya dan negara khususnya.

“Kita mahu pelajar-pelajar kita tahu… dimana apabila mereka sudah bergelar graduan mereka perlu peka denga perangcangan yang ingin kerajaan laksanakan serta peranan mereka untuk menjayakan rancangan tersebut.

“Jadi dalam aspek negeri Perak ini… kita dapat lihat bagaimana bidang pendidikan secara tidak langsung antara tulang belakang kepada kejayaan perlaksanaan gagasan Perak Aman Jaya.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");