Peratusan keluar mengundi bagi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya negeri Sarawak setakat 1 tengah hari tadi mencapai 43 peratus.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata setakat ini 1,038 pusat mengundi sudah ditutup.
Beliau juga meminta orang ramai usah mempercayai khabar angin bahawa calon tertentu mendakwa memenangi atau mendahului undi di kawasan masing-masing.
Komen & Pendapat