Perak Hari Ini

Saya akan tetap hadir sidang DUN akan datang: Khalil Idham Lim

Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah membantah keputusan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri semalam yang menggantungnya daripada satu sesi persidangan DUN akan datang kerana menyifatkan tindakan itu tidak sah sama sekali.

Sehubungan itu, wakil rakyat Pas itu menegaskan akan tetap hadir dalam persidangan DUN Perak pada masa akan datang.

Dalam satu kenyataan media di portal berita Cina Islam hari ini, Khalil Idham berkata tindakan Speaker, Datuk R Ganesan yang mengendalikan Dewan Negeri Perak dan perkara yang berkaitan dengan kesnya jelas tidak profesional dan telah menyalahgunakan kuasa bagi menegakkan benang yang basah.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa keputusan itu tidak akan mengalih pandangan saya daripada isu asal iaitu bahawa sesungguhnya saya mempunyai bukti yang kukuh bahawa Dewan Negeri Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009,” katanya lagi.

Berikutan petikan kenyataan medianya bertarikh 16 April 2011.

Sehubungan dengan keputusan pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari kelmarin 15 April yang telah meluluskan usul untuk menggantung saya sebagai ADUN Titi Serong daripada menghadiri satu sesi persidangan DUN akan datang. Berikut adalah beberapa kenyataan saya mengenai isu berbangkit :-

1.Saya dikatakan digantung satu persidangan iaitu satu hari sahaja di mana jika persidangan akan datang berlangsung selama empat hari, maka pada hari pertama itu, saya tidak boleh menghadiri mesyuarat seperti yang dijelaskan Ganesan dalam satu kenyataan.

2. Saya dikenakan tindakan selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 25 Februari lepas atas dakwaan tidak bercakap benar dan enggan bertanggungjawab atas perkara yang diperkatakan pada persidangan itu kerana saya mendedahkan terdapat anggota ADUN UMNO telah membawa bomoh Melayu memasuki dewan untuk dijampi sebelum sidang pada 7 Mei 2009 yang menyaksikan Sepeaker yang sah, V. Sivakumar dinafikan haknya..

3. Penggantungan itu dibuat selepas majoriti anggota DUN dari BN pada persidangan kelmarin tetap bersetuju terhadap usul memperakukan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang bersidang 25 Feb lepas walau ianya telah mendapat bantahan dan penjelasan yang terperinci dengan bukti yang kukuh bahawa usul yang dibawa terhadap saya untuk dihadapkan kepada JK Hak dan Kebebasan adalah tidak sah dan terbatal.

4. Jawatankuasa Hak dan kebebasan yang telah bersidang tanpa kehadiran saya yang saya anggap tidak sah untuk bersidang tetapi telah membuat keputusan dengan mendapati saya ada kaitan dengan isu berbangkit dan mempunyai prima facie yang perlu dijawab oleh saya tetapi saya bertegas tidak hadir untuk memberi penjelasan kerana alasan yang telah saya berikan dalam beberapa kenyataan saya sebelum ini yang boleh dirujuk dalam:

1. http://idhamlim.blogspot.com/2011/02/kenyataan-media.html
2. http://idhamlim.blogspot.com/2011/02/bantah-tajuk-adun-degil-akhbar-sinar.html

5. Kami dari ADUN pakatan Rakyat yang diketui oleh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah mempertahankan tindakan yang memerlukan pembatalan itu telah bertindak keluar Dewan sebagai tanda bantahan terhadap keputusan yang telah diambil tanpa mengira segala pelanggaran kepada peraturan dewan yang sedia ada.

6. Saya sebagai seorang yang dinamakan kepada kes tersebut bangun beberapa kali untuk menafikan tindakan beberapa ADUN BN yang telah berbohong yang mengatakan Usul yang telah dibawa oleh ADUN Kamunting terhadap saya disokong dan telah dibahas konon berdasarkan berdasarkan kepada rakaman video.

7. Bukti yang dibawa oleh saya jelas kerana ketidak hadiran saya dalam mesyuarat untuk memberi penjelasan pada mesyuarat jawatankuasa pada 25 Februari lalu adalah berdasarkan handsard atau Penyatan Resmi dewan yang jelas menunjukkan usul yang dibawa kepada saya belum mendapat sokongan,dibahas dan diundi terlebih dahulu sesuai dengan peraturan yang sedia ada.(rujuk gambar) handsrad atau penyata resmi adalah sesuatu yang datang dari rakaman Video sepanjang sidang dewan.

Kerana itu saya tegaskan disini:-

a. Tindakan Speaker Ganesan yang mengendalikan Dewan Negeri Perak dan perkara yang berkaitan dengannya berdasarkan kes saya adalah jelas tidak profesional dan jelas beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk apa yang saya sifatkan menegakkan benang yang basah.

b. Saya dengan ini membantah keputusan yang diambil dan tidak berpuas hati serta menegaskan akan tetap hadir dalam persidangan DUN Perak pada masa akan datang atas anggapan saya keputusan itu adalah tidak sah sama sekali.

c. Akhirnya saya dengan ini menegaskan bahawa keputusan yang telah berlaku kepada saya tidak akan mengalih pandangan saya kepada isu asal iaitu bahawa sesungguhnya saya mempunyai bukti yang kukuh bahawa Dewan Negeri Perak telah dimasuki oleh Bomoh sebelum 7 Mei 2009.

Kenyataan pada : 16 April 2011

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");