Berita Hari Ini

Polis Sarawak nasihat calon dan penyokong tidak timbulkan provokasi

Polis Sarawak mengingatkan orang ramai dan pemimpin politik supaya tidak membuat provokasi yang boleh mencetus pergaduhan antara parti.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon memberitahu keadaan aman di sepanjang kempen pilihanraya negeri itu perlu diteruskan sehingga pada tarikh mengundi supaya semua rakyat Sarawak boleh keluar mengundi dengan selesa di kawasan masing-masing.

Jelas beliau, pihak polis yang sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mungkin dicetuskan oleh penyokong-penyokong ekstrem mana-mana parti.

“Setakat ini keadaan masih terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku lagi… jadi kita harap situasi ini akan berterusan.

Tambah Hong Soon sehingga semalam sebanyak 1340 permit telah dikeluarkan ke atas parti-parti bagi melaksanakan ceramah dan kempen-kempen pilihanraya.

Bagaimanapun menurut beliau, daripada kesemua permit terbabit lebih 30 kesalahan dikenalpasti dimana antara kesalahan terbanyak yang dilaporkan adalah berkaitan kelakuan mensabotaj poster parti lain.

“Lebih 15 kes dilaporkan kelakuan penyokong ekstrem parti dimana ada diantara mereka yang bertindak mengoyak dan menconteng poster calon parti yang bertanding.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga telah menerima lebih 209 laporan berkaitan pilihanraya yang meliputi pelbagai kesalahan.

Jelas beliau, polis akan mengambil serius terhadap laporan terbabit dan ada diantaranya masih di dalam siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");