Perak Hari Ini

Polis kawal ketat Sidang DUN Perak dakwa Nizar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terus mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) dan kawasan dalam dewan masih dikawal ketat oleh pasukan polis.

Beliau turut mempertikaikan mengapa hanya adun Pakatan Rakyat terpaksa menjalani pemeriksaan ketat sebelum masuk ke dalam dewan sedangkan wakil rakyat Barisan Nasional tidak perlu berbuat demikian.

Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, sebaliknya menafikan perkara itu dan mengatakan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) turut menjalani pemeriksaan badan atas arahan Speaker.

Ketika suasana semakin tegang, Ganesan menjelaskan kepada dewan bahawa beliau yang mengeluarkan arahan kepada anggota keselamatan untuk membuat pemeriksaan terhadap semua wakil rakyat sebelum memasuki dewan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");