Perak Hari Ini

Tujuh sebab rakyat perlu tolak pembangkang

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang masuk hari ketiga pada Khamis terus mencuri tumpuan ramai apabila Adun Manjoi, Datuk Nadzri Ismail memberi tujuh alasan mengapa rakyat perlu menolak parti pembangkang daripada memerintah negara ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Perak, berkata sebab pertama rakyat perlu menolak pembangkang ialah parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk memerintah Malaysia.

Jelasnya, walaupun pembangkang memperkenalkan Buku Jingga, ia nyata tidak mampu menandingi pelan yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) samada di peringkat pusat mahupun negeri.

Sebab kedua katanya, parti pembangkang tidak mampu menaikkan semula semangat ahli yang menyokong mereka selepas calon dari parti itu tewas dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

“Sebab ketiga ialah pembangkang gagal memenuhi janji manifesto mereka seperti yang berlaku di Selangor.

“Ikatan antara parti pembangkang juga rapuh kerana berbeza pendapat dan hala tuju untuk memerintah negara ini…ada yang mahu mewujudkan negara Islam manakala yang satu lagi  tidak mahu perkara itu berlaku sama sekali. Begitu juga yang berlaku di Sarawak apabila pembangkang berbalah sesama mereka mengenai pembahagian kerusi,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Nadzri berkata lagi, sebab kelima mengapa rakyat perlu menolak pembangkang ialah mereka gagal menggunakan sumber yang ada untuk saling bantu-membantu dan dimanfaat secara bersama walaupun Pakatan Rakyat menguasai empat negeri.

Seterusnya, pembangkang juga kata beliau, tidak mampu menjaga ahlinya kerana semakin ramai penyokong, wakil rakyat dan Ahli Parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jelasnya, jika pembangkang tidak mampu menjaga ahli serta wakil rakyatnya, bagaimana Pakatan Rakyat mahu mentadbir Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa.

Sebab ketujuh pula katanya, ialah pembangkang tidak mempunyai daya kepimpinan untuk mengetuai parti memandangkan mereka juga mengamalkan kroni apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum PKR.

“Jika dahulu, pembangkang mengatakan BN mengamalkan kroni tetapi hari ini kita lihat budaya itu turut dipraktikkan Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Anwar sendiri,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");