Berita Hari Ini

Rakyat Sarawak patut hindar ‘virus maut’ Pakatan Rakyat

Rakyat diminta hindar virus maut yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dari semenanjung ke Sarawak.

Calon Barisan Nasional Dun Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui memberitahu virus perkauman yang dibawa oleh Pakatan Rakyat jelas akan membawa bencana kepada rakyat negeri itu sekiranya mereka memilih calon dari pembangkang sebagai pemimpin.

Jelas beliau, virus yang lebih dasyat dari “Adenovirus” itu sememangnya mampu meranapkan sebuah negeri yang telah mengamalkan prinsip perpaduan pelbagai kaum sejak dahulu lagi.

Tambah Abdul Karim, parti-parti pembangkang seperti Pas dan Pkr yang masuk ke Sarawak dengan berlandaskan satu matlamat sahaja iaitu untuk menyebarkan virus berkenaan.

Katanya, amalan sistem pemerintahan memecah belahkan kaum yang diamalkan oleh parti pembangkang di semenanjung sudah jelas menunjukkan Pakatan Rakyat bukanlah sebuah parti yang jujur untuk mentadbir sesebuah negeri.

“Kita boleh lihat bagaimana parti Dap memerintah di Pulau Pinang dan bagaimana pula pemerintahan PKR di Selangor…. Rakyat di kedua-dua negeri ini sengsara dengan tindakan biadap pemimpin yang sengaja merampas hak yang sememangnya milik rakyat.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Sarawak… jadi Pakatan Pembangkang ini seharusnya ditolak habis-habisan kerana virus yang meraka bawa ini akan membawa bencana yang boleh memudaratkan keamanan yang kita miliki selama ini.

Menurut Abdul Karim lagi, setakat ini apa yang pemimpin dari parti pembangkang lakukan langsung tidak menunjukkan nilai-nilai kepimpinan yang terus malah mereka hanya menyeksa rakyat dengan 1001 janji dan harapan palsu kepada rakyat Sarawak.

Katanya lagi, bagi memastikan Sarawak sentiasa dalam keadaan aman, rakyat perlu memilih pemimpin yang tidak pernah menggunakan isu perkauman sebagai wadah politik mereka.

“Bagaimana seseorang itu boleh memimpin sekiranya dia membuat kenyataan dan tindakan yang menguris hati kaum-kaum lain di Negara ini… sekiranya dia dikalangan bukan bumiputra maka pemimpin tersebut tidak layak membuat sesuatu yang boleh mengecilkan hati kaum bumiputra.” katanya selepas menyampaikan ucapan di Majlis Kunjungan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ke kawasan Dun Asajaya.

Dalam pada itu, Zambry yang turut setuju dengan pandangan Abdul Karim berkata virus memecahbelahkan kaum yang diamalkan Pakatan Rakyat itu pernah diamalkan di Perak ketika parti pembangkang memerintah negeri berkenaan.

Katanya, sepanjang 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak sememgnya membawa bala kepada rakyat di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");