Perak Hari Ini

RM3.6 bilion laksana 346 program dan projek bawah ETP di Perak

Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan Perak menerima peruntukan RM3.6 bilion ringgit untuk melaksanakan 346 program dan projek di bawah enam bidang keberhasilan utama Program Transformasi Kerajaan (ETP).

Antara projek yang telah diluluskan peruntukan adalah Kompleks Perumahan Polis di Kuala Kangsar dengan kos RM27 juta; Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Bandar Meru Raya (RM20 juta); Maktab Rendah Sains Mara Parit (RM80 juta); projek penyelenggaraan beberapa sekolah menengah, sekolah rendah dan pra sekolah (RM240 juta ringgit) serta beberapa projek pembesaran serta naik taraf hospital dan klinik (RM371.2 juta).

Projek Kerajaan Persekutuan di bawah program kesihatan ini merangkumi memperbaiki perkhidmatan serta menaik taraf peralatan dan kemudahan hospital di negeri Perak terutama Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Taiping, menambah bilangan ambulans dan kenderaan pelbagai guna serta mewujudkan Klinik dan Klinik Bergerak Satu Malaysia.

Untuk pembangunan jangka panjang yang komprehensif, kerajaan Perak memperkenalkan pelan Perak Amanjaya yang juga pelengkap kepada program pembangunan nasional.

Visi Perak Amanjaya ini berlandaskan konsep ‘3Q’, ia itu: peluang berkualiti, pendapatan berkualiti dan kehidupan berkualiti telah mengenal pasti tujuh teras strategik Bidang Keberhasilan Utama. Empat puluh lima (45) program telah dikenal pasti; apabila berjaya dilaksanakan dijangka dapat menyediakan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan meletakkan sasaran pendapatan purata rakyat RM4,125 sebulan melonjakkan KDNK negeri Perak ke paras RM45 bilion  setahun.

Pada tahun 2011, Pelan Perak Amanjaya akan melaksanakan empat program utama iaitu pertama; Pusat Kerjaya Amanjaya; kedua, Kampung Karyawan Amanjaya; ketiga, Asrama Amanjaya dan keempat,  Komuniti Inovasi Amanjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");