Perak Hari Ini

Kadar kemiskinan turun 0.8 peratus, Perak capai matlamat sifar miskin tegar

Kadar kemiskinan keseluruhan bagi negeri Perak turun kepada 0.8 peratus, sekaligus berjaya mencapai matlamat sifar miskin tegar.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazri Shah bertitah, melalui agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sejumlah RM26 juta telah diperuntukkan bagi Program Bantuan Rumah pada 2010 dan berjaya memberi manfaat kepada 1,019 penerima dalam bentuk bantuan bina baru dan baik pulih.

Titahnya, bagi memastikan golongan miskin berupaya berdikari, kerajaan negeri telah memperkenalkan pendekatan empat azam iaitu azam tani, azam khidmat, azam kerja dan azam niaga yang berperanan sebagai pemangkin membantu golongan miskin membebaskan diri secara kekal dari cengkaman kemiskinan.

“Usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan akan dilaksanakan kepada semua pihak merentasi tanpa mengira kaum.

“Selain itu, wanita merupakan 50 peratus dari jumlah penduduk dan sumber tenaga manusia. Bagi membantu ibu tunggal, 51 usahawan wanita telah menerima peruntukan RM255,000 dalam bentuk geran perniagaan untuk bergiat dalam bidang masakan, jahitan dan solekan.

“Pada tahun ini sahaja, RM2 juta disediakan untuk program-program pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan pembangunan kesihatan wanita,” titahnya ketika merasmikan Sidang Dewan Undangan negeri di Ipoh, hari ini.

Nazrin Shah bertitah, golongan belia turut perlu diberi perhatian dan mereka tidak boleh disisihkan, sebaliknya wajib dilibatkan secara aktif dalam perbincangan dan begitu juga pelaksanaan program pembangunan terutama yang melibatkan generasi muda.

Titahnya, masalah sosial dan masalah politik akan bertambah besar jika aspirasi dan suara golongan ini tidak dihiraukan dan keperluan asas mereka gagal dipenuhi.

Kemudahan riadah, kemudahan sosial dan kemudahan menjalankan aktiviti budaya yang sihat bagi golongan ini perlu difikirkan dalam projek pembangunan perumahan terutama di kawasan pembangunan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana,titah Baginda lagi.

Dalam perkembangan sama, Nazrin Shah bertitah, latihan vokasional dan kaedah latihan sambil bekerja perlu diterokai melalui kerjasama dengan pihak industri dan pihak swasta sebagai alternatif kepada program latihan formal di bawah kelolaan institusi latihan awam dan swasta.

“Program yang dapat membantu meningkatkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum juga wajib diperbanyakkan.

“Manakala program latihan, khemah kerja, pengembaraan, kebudayaan, sosial dan sukan merupakan platform yang perlu diterokai dengan lebih aktif untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan remaja.

“Gelanggang sukan dan riadah perlu diperbanyakkan dalam hasrat mahu memupuk minat remaja dalam kegiatan sukan dan aktiviti yang sihat,” titah Baginda lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");