Berita Hari Ini

Sekitar suasana Pilihanraya Negeri Sarawak

Hari pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini dilihat berjalan dengan tenang di beberapa kawasan. Dari tinjauan yang dibuat sekitar kawasan Kuching, termasuk di kawasan Kota Samarahan, Sadong Jaya, Asajaya, Batu Lintang dan Satok dilihat rakyat Sarawak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa gangguan.

Wujud khabar angin sebelum ini bahawa ada pihak-pihak yang kononnya membawa turun konco-konco gengsternya ke tempat-tempat mengundi bagi menakutkan rakyat jika tidak mengundi parti mereka.

Namun rata-rata, tiada situasi buruk berlaku malah penyokong calon bagi setiap parti begitu bersemangat  meraih undi-undi terakhir di perkarangan kawasan mengundi.

Ketika team PerakToday meninjau di sekitar Dun Satok, kelihatan calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang turut padang di tempat mengundi.

Apa-apa pun undian tetap di tangan rakyat dan keputusannya akan menjadi penentu kepimpinan negeri Sarawak. Sama-sama kita nantikan kemenangan di pihak mana samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");