Perak Hari Ini

Sultan Perak sambut ulangtahun keputeraan ke-83 Selasa

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akan menyambut ulangtahun keputeraan Baginda yang ke-83, Selasa ini.

Sehubungan itu, rakyat Perak disaran mengibarkan bendera Perak di premis masing-masing dan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakat pada hari berkenaan bagi meraikan sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Azlan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata rakyat Perak cukup bertuah kerana dapat bernaung di bawah payung pemerintahan Sultan Azlan.

“Kerajaan negeri dan rakyat jelata menyembah kasih dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Perak sempena ulangtahun keputeraan Baginda yang ke 83 pada 19 April ini.

“Sebagai ikrar taat setia kepada Sultan Perak, marilah bersama-sama mengibarkan bendera Perak di setiap premis serta menganjurkan aktiviti kemasyarakatan pada hari berkenaan,” katanya di Ipoh.

Dr Zambry berkata, kerajaan negeri turut mendoakan agar Sultan Perak dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun dipanjangkan umur, dilimpahi rahmat dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Tambahnya, Perak juga diharap dapat terus maju di bawah pemerintahan Sultan Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");