Perak Hari Ini

Selangor 1 – 0 Perak

Gambar File

Kebanjiran Yob Yong di Stadium Shah Alam pada mulanya membayangkan Sang Seladang akan terus ‘naik minyak’. Akan tetapi, biarpun Perak ‘menang’ dengan penyokong yang lebih ramai jika dilihat dari mata kasar, Perak gagal mempamerkan aksi yang seperti sebelumnya.

Biar pun dihidangkan dengan beberapa aksi yang hampir-hampir menceriakan penyokong-penyokong Seladang, namun itu hanya tinggal ulasan yang tidak bermakna.

Rentak kemenangan Selangor dilihat makin menjadi dengan kombinasi semua posisi dilihat begitu ampuh dan berkesan. Perak pada mula bermain agak baik, namun sekali sekala Selangor menyerang memang mendatangkan bahaya. Ternyata Selangor menemui ramuan ideal untuk merobek kubu Perak yang dikatakan kebal.

Perak mendapat beberapa peluang antaranya percubaan Akmal Rizal yang tersasar melewati palang dan terbias pertahanan Selangor dikala beliau telah berjaya memperdaya 4 orang pertahanan lawan.

Razali Umar Kandasamy yang masuk menggantikan Syafiq Jamal juga dilihat tidak mampu memecah kebuntuan setelah Selangor berjaya memperkuatkan pertahanan mereka.

Hasilnya, minit ke 71 Syafiq Rahim berjaya menyempurnakan peluang terhidang dengan rembatan deras setelah bola gagal dikeluarkan ke kawasan selamat oleh pertahanan Perak sebelumnya.

Secara kasarnya, barisan tengah Perak gagal mengatasi kelincahan barisan tengah Selangor yang dilihat lebih efektif membuat hantaran-hantaran kepada barisan serangan mereka.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Nasir Basharuddin)
Mohd Syafiq Jamal (Razali Umar Kandasamy)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 16 April 2011:

Terengganu(1) V Felda United(0)
Std Sultan Ismail Nasirrudin, Kuala Terengganu

Kelantan(0) V Sabah(0)
Std Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

Kuala Lumpur(3) V T-Team(1)
Std PBKL, Cheras

Johor FC(0) V Harimau Muda ‘A’(1)
Std JCorp, Pasir Gudang

Kedah(1) V Pahang(0)
Std Darul Aman, Alor Setar

Perlis(3) V Negeri Sembilan(2)
Std Utama, Kangar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");