Berita Hari Ini

Taib: Pembangkang tidak dapat memerangkap saya

“Saya tidak akan terperangkap dengan taktik politik pembangkang”

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu usaha pemimpin pembangkang untuk memperbodohkan beliau dengan meminta tarikh perlepasan kerja sebagai satu tindakan yang sia-sia.

Taib dengan tenang berkata tuntutan-tuntutan hebat yang dibuat oleh PKR dan PAS berkaitan perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak sebagai salah satu helah kotor pembangkang untuk memerangkap beliau.

“Mereka cuba membuat sesuatu untuk memerangkap saya… saya tidak akan diperbodohkan dengan helah lapuk mereka itu.

Beliau dengan yakin mengisytiharkan bahawa dia tidak akan “terpedaya” dengan desakan pembangkang itu dalam cubaan untuk mendedahkan tarikh melepaskan kerja.

“Kita tidak perlu menetapkan satu tarikh tetap untuk membuat perletakkan jawatan sebaliknya ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul.

“Sebenarnya, pembangkang sendiri mengetahui mereka tidak boleh memerangkap saya.

“Kami tidak begitu naïf untuk menurut sahaja kehendak pembangkang itu… soal perletakkan jawatan saya akan kami laksanakan tetapi dengan cara yang lebih teratur dan terhormat,” dia memberitahu pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu pagi tadi.

Pemimpin tertinggi Sarawak itu juga memberitahu bahawa beliau tidak sekali-kali akan tunduk dengan tekanan pembangkang.

Katanya, tindakan pemimpin PAS dan PKR ini sudah jelas menunjukkan yang parti-parti mereka sendiri berada dalam keadaan kucar-kacir.

Jelas Taib, pembangkang seolah-olah tidak ada isu yang ingin dibawa justeru menggunakan beliau sebagai mangsa.

Malah menurut beliau lagi, tindakan pembangkang yang cuba mensensasikan isu perletakkan jawatan beliau itu adalah untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap Taib.

Namun perkara itu sedikit pun tidak membuatkan Taib berganjak malah bertekad akan terus menangkis desakan-desakan pembangkang itu.

Terdahulu Pakatan Rakyat  menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");