Berita Hari Ini

Peralihan di Sarawak: Najib tidak mahu terburu-buru

Perubahan kepimpinan negeri memerlukan perancangan rapi untuk memastikan tiada masalah yang berbangkit selepas itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal peralihan kepimpinan di Sarawak tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru.

Jelas beliau, perubahan terhadap sesebuah negeri perlu dikaji terlebih dahulu bagi mengelak implikasi-implikasi buruk berlaku.

Najib yang mempunyai persefahaman dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung peralihan kepimpinan di negeri berkenaan  juga menegaskan pengumuman akan dibuat apabila tiba masanya nanti.

“Kita tidak mahu rakyat, parti dan kerajaan mempunyai masalah selepas pengumuman peralihan kuasa itu dibuat.

“Peralihan (kepimpinan) telah ada malah kita juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan kerajaan negeri. Apa yang paling penting ialah untuk melakukan peralihan kuasa yang lancar.

“Kita perlu meneliti kesan-kesan perubahan tersebut jadi kita tidak boleh terus membuat penyelesaian secara melulu tanpa mengkaji implikasi perubahan dalam kepimpinan terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");