Isu Panas

Tayangan klip video seks di Parlimen bergantung kepada Speaker

Keputusan sama ada klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Irahim akan ditayangkan di Parlimen atau tidak, bergantung kepada pertimbangan Speaker Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu perlu diperhalusi sebaik mungkin kerana ia tertakluk kepada pertimbangan bidang kuasa undang-undang, walaupun Ahli Parlimen dilindungi imuniti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Pejabat Peguam Negara Malaysia, Brunei dan Singapura yang dihadiri lebih 150 pakar undang-undang di Hotel Berjaya, di Langkawi, pagi tadi.

-BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");