Perak Hari Ini

Wanita BN Perak harap tanding 30 peratus kerusi pada PRU 13

Pergerakan Wanita BN Perak meletakkan harapan untuk bertanding 30 peratus kerusi pada pilihanraya umum ke -13.

Pengerusinya, Datuk Rusnah Kassim berkata, jumlah itu merupakan penambahan sebanyak lima kerusi berbanding lima yang ditawarkan kepada calon wanita pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Katanya, permintaan itu bukan disebabkan kejayaan 100 peratus calon wanita mempertahankan kerusi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU 2008 tetapi adalah disebabkan calon daripada kalangan wanita semakin ramai yang berkaliber dan menepati kriteria parti.

“Kami berharap pucuk pimpinan dapat pertimbangkan tambahan kerusi ini kerana wanita telah bekerja keras selama ini bagi membantu parti menjayakan program-program di peringkat bahagian, negeri dan nasional,” katanya.

Katanya, semasa mesyuarat Wanita BN Perak baru-baru ini, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir sudah memberi jaminan akan memberi sebanyak mungkin peluang kepada calon wanita, jika benar-benar layak.

“Beliau memaklumkan jantina tidak akan menjadi isu dalam pemilihan calon kali ini dan kami benar-benar berharap hasrat kami ini tercapai,” katanya.

Pada PRU 2008, tiga calon wanita dipilih dari kalangan Wanita BN manakala dua lagi daripada Pergerakan Puteri Umno.

-PERAKBN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");