Perak Hari Ini

YBU anjur program motivasi sukarelawan Sabtu dan Ahad

Berteraskan semangat untuk melaksanakan kerja amal, seramai 130 Sukarelawan  Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) atau lebih dikenali sebagai Skuad Ikon Bina Upaya (IBU) akan dihimpunkan dalam satu majlis ilmu di Hotel Seri Malaysia pada Sabtu dan Ahad ini.

Program motivasi di bawah kelolaan Unit Hubungan Antarabangsa dan Sukarelawan YBUDR ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawan dan menjalinkan hubungan persahabatan antara organisasi dengan masyarakat.

Penolong Pengurus Media dan Hubungan Awamnya, Rubiah Nordin, berkata, ia juga bertujuan untuk membina jatidiri kepimpinan, kerjasama dan menanamkan nilai-nilai jati diri yang teguh di dalam usaha membantu komuniti.

“Ia turut memberi peluang kepada ahli-ahli berkhidmat sebagai sukarelawan yang ikhlas dan bertanggungjawab kea rah mewujudkan ‘Masyarakat Pengasih dan Penyayang’.

“Dengan program yang  disusun rapi, Skuad IBU secara berkesan membantu mereka yang memerlukan perhatian serta bantuan dan ingin keluar daripada masalah yang menyelubungi mereka,” katanya.

Skuad ini terdiri daripada individu yang menjiwai kerja-kerja kesukarelawan dan berminat untuk melakukan aktiviti kebajikan kepada masyarakat tanpa mengira masa, agama dan bangsa.

Penyertaan untuk menjadi sukarelawan YBUDR ini terbuka kepada semua golongan masyarakat seperti pelajar, belia, kakitangan kerajaan dan swasta, golongan profesional, pesara dan sebagainya melibatkan (lelaki dan wanita).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");