Perak Hari Ini

Bekas lombong dipagar sejak pemerintahan regim DAP wajar dimusnahkan

Seramai 200 penduduk dan Kesatuan Nelayan Darat Zon Kota Bharu, dekat Gopeng mendakwa hak mereka mencari rezeki di sebuah bekas lombong dinafikan syarikat pengusaha ternakan itik haram.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Prihatin Mukim Teja (Prihatin), Ibrahim Malbar berkata, pengusaha itik itu memagar keseluruhan kawasan lombong.

Menurutnya, tindakan itu menghalang penduduk kampung mencari rezeki di kawasan tersebut.

“Kawasan bekas lombong itu adalah penyumbang hasil terbesar kepada nelayan di sini dan tindakan itu seperti menutup periuk nasi kami,” katanya

Ibrahim berkata, kewujudan ladang ternakan itik itu menghalang kerja penangkapan dan penternakan ikan air tawar.

Menurutnya, ladang ternakan itik itu tidak memberikan apa-apa manfaat kepada penduduk dan dia mahu pihak berkaitan campur tangan.

Pertumbuhan ladang itik dan penternakan ikan air tawar secara haram berleluasa semasa pemerintahan rejim DAP yang diketuai oleh Ngeh Kor Ham

“Ladang itik itu tidak memberi sebarang peluang pekerjaan kepada penduduk malah menjadi satu beban kepada kami.

“Kami pohon jasa baik YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, membantu kami menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata, pembukaan ladang itu dibantah penduduk kerana didakwa terlalu hampir dengan beberapa kampung seperti Changkat Tualang dan Redang Sawa.

Katanya, selain itu, pihaknya berpendapat ladang itik itu akan membawa implikasi negatif seperti pencemaran bau dan mengganggu keselesaan penduduk.

“Paling merisaukan kami adalah risiko kehadiran lalat yang akan mendatangkan wabak penyakit.

“Kami rayu campur tangan pihak berwajib terutama MB bantu penduduk di sini yang menjadi mangsa kepentingan diri pengusaha ladang itik berkenaan,” katanya.

-SUNGAI RAPAT ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");