Perak Hari Ini

Gerakan sokong BN Perak semakin bertambah

Tindakan terbaru 400 bekas ahli Kelab Penyokong Pas Parlimen Tapah menyertai MIC memberi isyarat positif bahawa lebih ramai penyokong parti pembangkang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke- 13.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ismail Saffian, keputusan yang dibuat bekas ahli kelab itu adalah bersandarkan kepada hakikat hanya BN mampu membawa perubahan bersama kepada rakyat.

“Bekas penyokong kelab ini kembali menyedari bahawa mereka telah melakukan kesilapan besar dengan penyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 2008. Saya percaya gerakan positif ini akan terus berlaku dari sekarang hingga menjelang pilihanraya umum akan datang.

“Lebih ramai penyokong pembangkang juga dijangka kembali ke pangkal jalan dengan memberi sokongan kepada BN, bukan saja di Parlimen Tapah juga di tempat lain,” katanya berucap pada majlis Majlis Penyertaan Beramai-Ramai Ahli Kelab Penyokong Parti Pas Parlimen Tapah ke BN dan Penyerahan Borang Keahlian parti di Dewan Dataran, Tapah, semalam.

Ismail berkata, rakyat Perak hari ini semakin yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Tambahnya, kemelut berterusan dalam Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjadi punca semakin ramai penyokong mereka hilang keyakinan lalu mengambil keputusan untuk menyertai BN.

Sementara itu, Pengerusi BN Parlimen Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan, menyambut baik penyertaan bekas ahli kelab itu dan berjanji akan memberi lebih perhatian kepada permasalahan yang dihadapi rakyat di kawasan itu.

Katanya, setiap masalah yang dihadapi bukan mustahil untuk diselesaikan jika ia dapat dibincangkan baik di di peringkat parlimen ataupun negeri.

“Selepas ini, kita akan duduk berbincang bagi menilai permasalahan rakyat di sini, khususnya golongan muda yang mungkin terlepas pandang sebelum ini,” katanya.

Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang turut hadir pada majlis itu berkata, gerakan kembali menyokong BN itu bukan sahaja membabitkan masyarakat India tetapi juga masyarakat lain yang semakin hilang kepercayaan terhadap pembangkang.

“Di kawasan saya sendiri iaitu di Tanjung Malim, ramai yang mahu keluar daripada parti pembangkang dan menyertai BN……hanya tunggu masa yang sesuai untuk letupkan bom,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");