Perak Hari Ini

Usahawan Fama Bakal Ditempatkan Di Terminal Makanan Negara Simpang Pulai

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan menempatkan usahawan di bawah kendalian agensi itu di Terminal Makanan Negara (Teman) Simpang Pulai mulai Jun ini bagi mengatasi masalah kurang sambutan terhadap projek tersebut, kata Pengerusinya, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata menerusi langkah itu, Teman bakal menjadi pusat sehenti bagi Wilayah Utara dalam memasarkan barangan industri kecil sederhana (IKS).

“Kita akan mengumpulkan semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Teman bagi menguruskannya sebagai pusat pemborongan dan peruncitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak ke 35 hari Sabtu.

Badruddin berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kementerian dan kerajaan negeri dibentuk bagi melaksanakan langkah itu.

“Selain menjadi pusat pemprosesan dan penjualan produk IKS, kita juga optimis menjadikan Teman sebagai pusat tumpuan pelancong yang datang ke negeri ini.

“Melalui pusat sehenti, semua barangan terbaik dari negeri ini, seperti barangan Perak Best yang telah diiktiraf kerajaan negeri, akan turut disediakan,” katanya.

Teman dibina dengan kos RM116 juta di tapak seluas 20 hektar dan mula beroperasi pada Ogos tahun lepas namun hanya 120 daripada 394 lot yang aktif.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");