Perak Hari Ini

KEMALANGAN MEMANG BERBAU

Satu kemalangan ngeri berlaku di KM139.2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Juru melibatkan sebuah bas ekspres dari arah selatan ke utara Semenanjung pada pukul 4.30 pagi tadi. Kemalangan bagaimanapun tidak mengorbankan tetapi beberapa orang penumpang mengalami kecederaan dengan salah seorang daripada mereka agak parah.

Berdasarkan keterangan saksi yang merupakan seorang pemandu lori, bas ekspres berkenaan dipandu dengan laju sebelum terbabas di selekoh, melanggar pembahagi besi pembahagi lebuh raya dan kemudian terbalik.

Kebanyakan penumpang yang sedang tidur pada waktu kejadian, panik dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Pemandu dan pemandu kedua tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai dan pengguna lebuh raya yang lain sempat membantu mengeluar dan menyelamatkan para penumpang yang tercedera sebelum ketibaan ambulan dan pasukan penyelamat.

Berdasarkan pengamatan, kemalangan tersebut seharusnya boleh dihindarkan menerusi pemanduan berhemah dan lebih berhati-hati. Apatah lagi ketika kejadian, keadaan permukaan lebuh raya agak licin kerana hujan renyai-renyai. Kelajuan bas ekspres berkenaan sebenarnya boleh mengakibatkan malapetaka yang jauh lebih besar.

Agak bernasib baik memandangkan kejadian berlaku pada awal subuh dan ketika lebuh raya tidak sibuk dengan trafik. Bas ekspres berkenaan melintang di tengah-tengah lebuh raya dan hampir memasuki laluan sebelah kalau bukan kerana tebing  yang memisahkan antara kedua-dua laluan. Dua buah lori tangki minyak yang berada di belakang bas ekspres berkenaan sempat dihentikan dan tidak melanggar bas yang terbabas serta terbalik itu.

Kebanyakan penumpang pula adalah warga Thailand dan wanita.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");