Perak Hari Ini

Kementerian Kesihatan sambut baik usaha BAKTI

Kementerian Kesihatan menyambut baik usaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dalam menganjurkan Kempen Intervensi Awal Mencegah berlakunya Kecacatan di kalangan Kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu kementerian itu sudah tentu akan meneruskan usaha Bakti  dalam melaksanakan satu kempen khas bagi memberi pendidikan kepada ibu bapa dalam menangani masalah penyakit berkenaan.

“Kita berterima kasih dan menyambut baik usaha Bakti ini dimana melalui kempen yang dianjurkan ini ia memberi pendidikan bagaimana untuk kita menangani  dan menghadapi penyakit intervensi awal dan sekaligus mencegah kecacatan kanak-kanak.

“ Saya lihat Bakti telah menjalankan satu usaha yang amat baik untuk membantu kementerian kesihatan dalam memberi pengetahuan kepada ibu bapa terutama yang muda dan belum mempunyai ilmu dari segi menjaga anak-anak.

Tambah beliau llagi, adalah menjadi tanggungjawab kementerian kesihatan untuk memastikan masalah kanak-kanak dikenalpasti  dengan lebih awal supaya bantuan yang lebih efisien dapat diberikan.

Justeru katanya, bagi memastikan usaha pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap maka Kementerian Kesihatan akan melaksanakan kempen yang sama dikalangan pelajar-pelajar sekolah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

“Jadi kita akan bergabung dengan kementerian pelajaran untuk bantu kanak-kanak ini mengenalpasti kecacatan diperingkat awal.

“Dalam usaha ini kita akan menghantar doktor-doktor pakar intervensi ke sekolah-sekolah di seluruh negara bagi mengetahui sama ada berlakukanya kecacatan awal dikalangan mereka.

“Sebelum ini Bakti ada menjalankan kempen intervensi awal di rumah-rumah tetapi bagi kanak-kanak yang berumur 7 tahun ketas… kita tidak tahu masalah yang mereka alami di di sekolah-sekolah.” katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Intervensi Awal Mencegah Kecacatan Kanak-Kanak di Ipoh.

Tambah Tiong Lai, kementerian itu akan membuat pemeriksaan secara berkelompok supaya kempen terbabit dapat dilaksanakan di luar waktu pembelajaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");