Perak Hari Ini

Kerajaan tidak sisih golongan OKU: Najib

Satu lagi usaha kerajaan dalam memastikan rakyat di negara ini terus menikmati pembangunan dan kemajuan tanpa sedikitpun rasa disisihkan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan pusat menerusi Bajet 2011 telah memperuntukkan lebih RM 218 juta khas untuk membantu golongan OKU di negara ini dalam usaha untuk memastikan mereka tidak terkecuali dari kemajuan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberitahu peruntukkan itu disalurkan khas bagi Program Bantuan Kurang Upaya dimana ia boleh dimanfaatkan lebih 80,000 golongan OKU di negara ini.

Katanya, kerajaan pusat sudah tentu prihatin dengan nasib-nasib golongan OKU justeru usaha-usaha awal perlu dilakukan termasuk langkah pencegahan dan mengenalpasti kecenderungan dari berlaku masalah kanak-kanak istimewa.

“Kadang-kadang kita mesti faham disebabkan kealpaan yang sedikit, ia boleh membawa masalah kepada kanak-kanak terutamanya sehingga menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit yang boleh dikategorikan sebagai istimewa.

“Inilah yang dikatakan ilmu yang patut ada pada ibu bapa dimana mungkin disebabkan demam sedikit anak-anak kita akhirnya cacat di masa hadapan.” tambah Najib dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah belakunya Kecacatan kepada kanak-kanak.

Menurut beliau lagi, kerajaan juga sedar akan kepentingan kempen intervensi awal yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat tepat mengenai isu yang mungkin kurang diberi perhatian.

“Kita maklum bahawa intervensi awal adalah antara langkah berstruktur yang mampu membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta memberikan sokongan terhadap keluarga.

Malah tambah Najib, selaras dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan sesekali tidak akan mengenepikan kemampuan dan kebolehan mana-mana bakat rakyat dari golongan OKU dan sekaligus akan mengoptimumkan potensi mereka.

Selain itu katanya, kerajaan juga mengalu-alukan usaha Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan kempen-kempen khas dalam mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami intervensi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");