Perak Hari Ini

Najib lancar Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlaku Kecacatan Kanak-Kanak

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) di bawah Program Semai Bakti yang diterajui Datin Paduka Seri Rosmah Mansor selaku Yang DiPertua BAKTI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti menganjurkan Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kanak-Kanak dengan slogan Mencegah Mudah Dari Memulih.

Kempen akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Stadium Indera Mulia, dekat Ipoh, pagi ini.

Kempen yang dilancarkan ini merupakan satu kempen berterusan dan bakal dilaksanakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Matlamat kempen bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda mengenai pencegahan awal dari berlakunya kecacatan kepada kanak-kanak.

Di akhir kempen ini, masyarakat akan dapat meningkatkan pengetahuan terhadap tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya kecacatan pada kanak-kanak.

Selain itu, ia juga diharap memberi kemahiran asas di kalangan ibu bapa dalam mengenalpasti tanda-tanda awal penyakit yang boleh membawa kecacatan kepada anak mereka agar mereka dapat mengendalikan dan bertindak segera dengan cara yang betul.

Masyarakat juga didedahkan dengan cara hidup sihat bagi mencegah penyakit yang boleh mengakibatkan kecacatan.

Antara badan lain yang terlibat dalam kempen itu ialah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");