Perak Hari Ini

120 lagi ahli keluar parti: PKR hanya untuk Anwar

Kecewa dengan perjuangan yang diamalkan pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini lebih 120 ahli parti itu cawangan Buntong nekad membuat keputusan untuk keluar dari kepimpinan pembangkang.

Rata-rata, mereka yang yang dulunya antara ahli kuat PKR kawasan berkenaan, kini sebulat suara menyokong pucuk kepimpinan Barisan Nasional dimana kesemuanya bertindak menyertai parti Gerakan.

Penyertaan mereka disambut baik oleh AJK Pusat Parti Gerakan, Senator A. Kohilan Pillay yang hadir pada Majlis Penyerahan Borang Keahlian Masuk parti berkenaan di Buntong, Perak malam tadi.

Bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V.Subramaniam ketika ditemui memberitahu kepimpinan PKR hanya mementingkan kepentingan peribadi sendiri dan langsung tidak mempedulikan suara ahli di akar umbi.

“Jadi kami semua sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR… mereka hanya tahu cakap tapi tidak tahu mengotakan janji… apa yang mereka tahu… membuat fitnah dan berbohong kepada rakyat.

“Kepimpinan PKR lebih terdorong untuk merebut kuasa dan kekayaan… sepanjang 11 bulan pentadbiran mereka di Perak… mereka hanya bekerja keras untuk menjadi jutawan dan langsung tidak melaksanakan manifesto yang dijanjikan ketika pilihanraya.

“2008 apabila Pakatan Rakyat menang… kita lihat, orang yang dulunya tidak mampu membeli motorsikal pun boleh ada kereta dan rumah yang mewah… ini sudah jelas menunjukkan hasil kerja mereka ketika memerintah Perak.

Justeru tambahnya, kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya lepas sudah jelas menunjukkan tembelang sebenar pembangkang terutama PKR.

Apa yang jelas, katanya, perjuangan PKR kini sudah terpesong dari paksi keadilan rakyat sebaliknya lebih menjurus kepada ‘keadilan Anwar Ibrahim’.

Sebelum ini, kira-kira 200 ahli PKR cawangan Ipoh Barat menyertai BN dimana kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada kepimpinan pemuda parti itu di kawasan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");