Perak Hari Ini

BN sentiasa mengalukan ahli baru

Kemasukan ahli PKR ke parti Gerakan jelas menunjukkan Barisan Nasional semakin mendapat sokongan rakyat.

AJK Pusat Gerakan, Senator A. Kohilan Pillay memberitahu parti itu sentiasa mengalu-alukan kemasukan  ahli baru dimana ia sudah jelas membuktikan BN adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum.

Malah kata beliau, dengan kemasukan 120 ahli PKR kawasan Buntong ke parti itu ia sekaligus menunjukkan Pakatan Rakyat semakin tidak relevan dan wajar ditolak habis-habisan.

“Saya percaya dengan kemasukan mereka ini… ia akan membuka mata pengundi untuk menentukan parti mana yang benar-benar mendengar suara hati rakyat.

“Sebelum ini kita sudah lihat seorang demi seorang ahli PKR yang bertindak keluar parti begitu juga dengan hari ini… jadi bagi saya… jika ahli sendiri pun sudah menolak perjuangan PKR dan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka apatah lagi pengundi-pengundi.

Justeru beliau percaya, dengan ahli baru parti Gerakan itu ia dapat meningkatkan lagi sokongan rakyat khususnya di kawasan Buntong terhadap Barisan Nasional.

Selain itu katanya, kemasukan bekas PKR itu sudah tentu membuktikan sokongan masyarakat India terhadap pucuk kepimpinan BN semakin bertambah.

Apa yang penting jelas Kohilan, kemampuan BN untuk menawan hati dan minda rakyat semakin terserlah dengan keprihatinan pemimpian dan kemajuan negara.

Katanya, BN adalah parti yang terbaik untuk rakyat kerana hanya kepimpinan parti itu yang komited dalam melunaskan janji-janji selain melaksanakan agenda pembangunan tanpa sedikit pun mengenepikan masyarakat perlbagai kaum di negara ini.

Tambahnya, sebelum ini BN tanpa gagal telah memenangi kerusi DUN Buntong selama tiga penggal namun kalah pada pilihanraya lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");