Perak Hari Ini

Adun Kg Gajah lawat rakyat derita kanser di muka

Pada usia melewati 60, seorang warga emas terpaksa menerima hakikat apabila disahkan mengidap sejenis kanser pada bahagian muka.

Bermula dengan bengkak di pipi, keadaan Hawiyah Sapi, 56, kini dilaporkan semakin kritikal menyebabkan suaminya, Masran Ahmad Sudin, 50, menyuarakan hasrat ada pihak tampil membantu.

:Masran berkata, isterinya masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan perlu berulang-alik sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

“Kerja mencuci luka, menyediakan makanan dan sebagainya, semuanya saya lakukan sendiri, sepanjang rawatan yang dibuat, hampir RM14,000 telah dihabiskan, namun sehingga kini keadaan isteri saya masih lagi dalam keadaan kritikal,” katanya kepada.

Beliau ditemui pada lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Dr Wan Norashikin Wan Nordin di kediamannya di Felcra Changkat Lada, Fasa Sembilan, di sini.

Hadir sama Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Changkat Lada, Dr Farah Nadia Kamaruddin.

Masran yang bekerja sebagai peladang Felcra mengharapkan, ada pihak sudi membantu samada dari segi perubatan moden atau tradisional bagi menyembuhkan penyakit isterinya.

Katanya, usaha yang dilakukan sebelum ini untuk menyembuhkan penyakit itu tidak berhasil.

“Saya juga mengharapkan bantuan kewangan bagi menampung keperluan perubatan isteri saya ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Norashikin berkata, pihaknya akan berusaha membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

“Saya akan meminta jasa baik dari klinik kesihatan terdekat mendapatkan alternatif mudah kepada keluarga ini memandangkan mereka terpaksa berulang-alik ke hospital yang jauh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");