Kolumnis

AMK JAHIL MURAKKAB! INI AJARAN ISLAM TENTANG POLITIK MASJID!

Penulis: Kelembai Bukit untuk Perak Today

AMK Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan dan hujah-hujah yang membenarkan pilihanraya masjid dijalankan di seluruh negeri itu dengan alasan, pilihanraya tersebut akan ‘membersihkan’ masjid daripada unsur-unsur UMNO sekaligus mengembalikan semula masjid kepada jemaah dan anak qariah. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, pendapat yang dikeluarkan oleh sayap Pemuda PKR itu sangat dangkal serta langsung tidak berlandaskan kepada ajaran Islam, sekalipun mereka cuba bersandar kepada beberapa istilah Arab dan nama PAS bagi menunjukkan pilihanraya masjid merupakan salah satu daripada ajaran Islam.

Sebenarnya ulama-ulama muktabar telah pun membuat garis panduan tentang perjawatan di masjid bagi menjaga kemaslahatan ummat. Tiada sebarang bentuk pilihanraya yang digariskan. Anehnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditunjangi oleh DAP berasakan mereka lebih bijak dalam mengatasi maslahat umat, mengadakan pilihanraya untuk masjid dan ianya disokong pula oleh Melayu-Melayu PKR dan sebahagian PAS. Malah ramai orang UMNO yang ternganga-nganga, tidak bersetuju tetapi tidak tahu apa hujah yang boleh diberikan selain menggunakan hujah ‘perpaduan’.

Jawatan utama di masjid adalah Imam. Perebutan jawatan imam seringkali berlaku di negara ini. Malah kerana imam jugalah, masyarakat Melayu berpecah belah terutama pada penghujung 1970-an sehingga sekarang ekoran pendapat sebahagian golongan yang jahil tentang boleh atau tidak seseorang menjadi imam.

Terdapat tiga bahagian dalam perjawatan Imam iaitu:

Pertama, jawatan imam solat lima waktu.
Kedua, jawatan imam solat Jumaat.
Ketiga, jawatan imam solat-solat sunnat.

Untuk jawatan Imam solat lima waktu, perlantikan imam biasanya mempunyai kaitan dengan status masjid. Masjid pula terbahagi kepada dua jenis iaitu masjid negara dan masjid umum.

Masjid negara adalah masjid-masjid jamek yang pengelolaannya berada di bawah pentadbiran negara. Pada masjid-masjdi seperti ini, yang berhak menjadi imam solat di dalamnya adalah orang yang telah dilantik oleh kerajaan sebagai imamnya agar rakyat tidak lagi bersusah payah memilih orang yang berhak menjadi imam di dalamnya.

Jikalau kerajaan telah mengangkat seseorang menjadi imam di masjid-masjid tersebut, imam berkenaan berhak menjadi imam di masjid itu berbanding orang lain, sekalipun orang lain lebih mulia dan lebih pandai daripadanya.

Jawatan imam bukan jawatan wajib. Ia sangat berbeza berbanding jawatan Hakim dan jawatan Naqib kerana dua alasan:

Pertama, seandainya kaum Mulsimin redha terhadap seorang imam dan kemudian tersebut mengimami mereka, maka solat jemaah mereka sah.

Kedua, solat lima waktu dengan berjamaah adalah sunnah-sunnah pilihan dan utama, dan bukan kewajipan fardhu menurut sebahagian besar fuqaha’ kecuali Daud yang berpendapat bahawa solat berjemaah itu wajib kecuali bagi orang-orang yang mempunyai keuzuran.

Jikala solat jemaah termasuk sunnah muakkad, dan pihak kerajaan telah melantik seseorang menjadi imam di masjid-masjid milik negara atau negeri, maka orang lain tidak boleh mengimami solat jemaah di dalam masjid itu selagi ada imam rasmi. Jikalau imam rasmi tidak ada, dan memberi mandat kepada seseorang, maka penerima mandat itu lebih berhak menjadi imam di dalam masjid berkenaan berbanding orang lain. Jikalau imam rasmi tidak memberi mandat kepada seseorang untuk menjadi imam, maka orang yang hendak menjadi imam harus meminta izin terlebih dahulu jikalau keadaan mengizinkan. Jikalau keadaan tidak mengizinkan untuk meminta izin daripada imam rasmi, maka kaum Muslimin harus melantik seorang imam yang mengimami solat mereka, agar solat jemaah mereka tetap berlangsung.

Jikalau solat yang lain telah tiba, sedangkan imam rasmi tidak ada, maka ada yang mengatakan, bahawa orang yang menjadi imam solat sebelumnya kembali menjadi imam solat kali ini dan solat sesudahnya sehinggalah imam rasmi datang.

Ada juga yang berpendapat, bahawa untuk solat kali ini dipilih orang lain dan bukan orang sebelumnya agar pemilihan tidak menjadi semacam perlantikan rasmi oleh imam.

Bersambung

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");