Perak Hari Ini

Dewan Baru untuk penduduk Chenderiang

Penduduk Kampung Baru Chenderiang hari ini boleh menarik nafas lega selepas pembinaan Dewan Serbaguna di kawasan berkenaan yang memakan kos hampir RM 900 ribu.

Adun Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon memberitahu dengan peruntukkan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan, rakyat di kawasan berkenaan selepas ini boleh menjalankan pelbagai aktiviti di dewan tersebut.

Tambah Mah, berikutan permintaan penduduk di kampung berkenaan yang memerlukan kawasan untuk melaksanakan aktiviti riadah maka kerajaan negeri akan menimbang untuk menambah kemudahan seperti padang permainan berhampiran dewan terbabit.

“Dewan ini telah siap sepenuhnya pada Mac lalu dan ia telah pun digunakan oleh penduduk disini…saya harap dewan ini bukan sahaja dapat digunakan oleh penduduk Kampung Baru Chenderiang sahaja malah turut digunapakai olah masyarakat yang tinggal berhampiran,”katanya kepada PerakToday.

Jelas beliau lagi, kerajaan telah membelanjakan hampir RM 1.5 juta bagi tujuan menaiktaraf sistem saliran air di kawasan berkenaan bagi memastikan penduduk di kampung terbabit mendapat bekalan air bersih.

Selain itu katanya, masalah yang sama juga akan diselesaikan di beberapa kawasan lagi termasuk di beberapa buah perkampungan orang asli.

Dr. Mah ditemui selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kampung Baru Chenderiang dan Majlis Penyerahan Kunci dewan berkenaan di Chenderiang petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");