Perak Hari Ini

Amaran kepada Sivakumar:Jangan Berlagak Hero

“Sivakumar…jangan berlagak hero di kawasan Adun lain”.

Dek kerana gemar sangat menyibuk di kawasan orang, hari ini perihal perjuangan Adun Tronoh, V. Sivakumar di kawasan sendiri terbongkar.

Dalam siri lawatan mengejut Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman ke kawasan itu mendapati kebanyakan rakyat tempatan di Tronoh tidak mendapat pembelaan daripada pemimpin pilihan mereka itu.

Oleh kerana terseksa dengan kepayahan hidup, penduduk di kawasan itu terpaksa pula memohon perhatian pemimpin lain untuk membela nasib mereka.

Ini jelas menunjukkan, bekas Speaker ini sibuk mencanang kesalahan adun lain sedangkan diri sendiri lebih teruk dari itu.

Malang bagi rakyat Tronoh kerana pemimpin yang dipilih tidak ada masa untuk mereka sebaliknya lebih mementingkan masalah masyarakat di kawasan-kawasan lain.

Ketika mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan, menurut Hamidah, banyak permasalahan yang tidak dapat diungkai oleh Sivakumar selaku ADUN Tronoh.

Tambah beliau, perkara itu berlaku mungkin disebabkan pemimpin DAP itu sering menyibuk di kawasan lain sedangkan rakyat di kawasan sendiri terus terhimpit dengan pelbagai jenis bebanan.

“Saya menerima banyak aduan daripada rakyat di kawasan Tronoh dan saya lihat memang banyak masalah yang berlaku disini sehingga menghimpit kehidupan penduduk di sini.

“Banyak masalah yang dia (Sivakumar) tidak perjuangkan…saya hairan kenapa dia ada begitu banyak masa nak masuk ke kawasan adun lain.

“Jadi saya ingin ingatkan beliau supaya selesaikan masalah rakyat di kawasan sendiri sebelum cuba nak jadi hero…jangan nak menyibuk di kawasan lain,” katanya kepada PerakToday pagi tadi.

Tambah beliau, sebelum ini bekas Speaker ini telah memasuki kawasan pemimpin lain termasuk di DUN Jelapang, Sungai Rapat dan Tualang Sekah semata-mata untuk mencari kesalahan kerajaan BN.

Justeru Hamidah menasihati Sivakumar supaya jangan merayau-rayau ke kawasan pemimpin lain sebaliknya jagalah rakyat di kawasan sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");