Perak Hari Ini

MB minta PKNP bantu cari lokasi Taman Tema Animasi

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk mencari kawasan strategik bagi membolehkan syarikat animasi Les Copaque membina sebuah taman tema di negeri itu.

Katanya, pihak PKNP perlu menyalurkan bantuan kepada syarikat berkenaan dalam usaha merealisasikan hasrat Les Copaque untuk membina sebuah Taman Tema di Perak.

Tambah beliau, Taman Tema Animasi berkenaan akan menonjolkan karaktor-karaktor serta jalan cerita yang diselitkan dalam setiap siri animasi Upin dan Ipin.

“Jadi saya minta pihak PKNP untuk mencari lokasi yang sesuai dan bekerjsama dengan pihak les Copaque untuk memastikan kawasan berkenaan adalah yang paling strategik selain mampu memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan.

“Dari apa yang saya dengar… taman tema ini adalah seperti Disneyland yang wujud di negara lain… jadi di Malaysia kita sudah ada ikon animasi sendiri dan bakal berkembang seiiring dengan taman tema yang lain.

Menurut Zambry, watak Upin dan Ipin kini menjadi fenomena kepada kanak-kanak dimana pada masa akan datang ia bakal melahirkan generasi animasi karakter berkenaan.

Selain itu, beliau juga yakin watak Upin dan Ipin ini akan terus berkembang dan siri animasinya tidak terhenti di pertengahan jalan.

Setakat ini katanya, pihak Les Copaque sedang menjalankan kajian kebarangkalian kemampuan projek di kawasan pilihan syarikat itu bagi mengenalpasti sama ada lokasi berkenaan memberi keuntungan atau tidak.

Terdahulu Zambry ditemui selepas merasmikan Karnival ICT bersama Upin dan Ipin di Stadium Indera Mulia, Ipoh pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");