Berita Hari Ini

Najib umum 9 ETP baru bernilai RM2.77 bilion

Generasi Y harapan negara

Pas dan Pkr sering menuduh kerajaan menindas rakyat, 54 tahun rakyat ditipu dan ditindas, dan macam-macam lagi lah tuduhan mereka terhadap kerajaan.

Mulut-mulut jahat yang berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa bukanlah calang-calang manusia, mereka ini mempunyai ijazah pertama , ijazaha kedua dan ada juga yang bergelar doktor falsafah.

Mereka lupa bahawa mereka mendapat kedudukan dan keselesaan hidup dan berjawatan tinggi adalah kerana usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Orang Melayu menikmati segala-gala kemudahan dan peluang dengan Dasar Ekonomi Baru dan atas tiket Hak Keistimewaan Orang Melayu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan sembilan inisiatif baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan nilai pelaburan RM2.77 bilion dan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Beliau berkata, dengan pengumuman itu, projek di bawah ETP yang diumumkan baru-baru ini, termasuk Pembangunan Bersepadu Penapis dan Petrokimia (Rapid) mempunyai nilai pelaburan RM60 bilion.

Katanya, apabila disatukan, semua 15 inisiatif di dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mempunyai nilai pelaburan kira-kira RM63.88 bilion dan GNI RM66.31 bilion serta 63,531 pekerjaan baharu.

Nah ! Lihat sendiri usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk keselesaan rakyat. Zalimkah kerajaan ?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");