Kolumnis

PADAN MUKA NIZAR, AKHIRNYA TERTELAN TAIK SENDIRI!!!

Sudah jatuh ditimpa tangga!

Itulah perkiraan yang paling layak buat Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang bercita-cita tinggi dan cuba mengadaptasi taktik yang telah lama digunakan oleh manusia politik di negara ini. Lempar batu sembunyi tangan yang dilakukannya, ternyata memakan diri. Bukan itu sahaja, natijah daripada perbuatannya itu menyebabkan Nizar Jamaluddin mendapat undi tercorot selepas para perwakilan yang diperdengarkan cerita tentangnya berasa jijik dan menolaknya.

Semuanya bermula daripada kempen saat-saat akhir melibatkan Husam Musa dan Kickdefella.

Cerita yang tersebar ialah, Norazli Musa orang kuat Nizar Jamaluddin, juga tok imam solat hajat di hadapan bangunan ibu pejabat DAP Perak, juga orang yang paling lantang bercerita tentang isu fitnah dalam Muktamar dua hari lepas, cuba mengenakan Husam Musa yang dilihat sebagai penghalang utama Nizar Jamaluddin.

Nizar Jamaluddin dikatakan mempunyai cita-cita tinggi. Pada Muktamar akan datang yang dijangka dibuat selepas PRU13, Nizar ingin mendapatkan jawatan Timbalan Presiden PAS. Apatah lagi, Nizar merupakan antara nama yang paling kerap diperkatakan. Nizar berasakan dirinya adalah satu fenomena dalam PAS. Ke mana-mana dia pergi, seringkali dia diberikan gambaran berjaya menarik kelompok hadirin yang sangat ramai. Terutama dengan kelebihan Nizar Jamaluddin yang mampu berbahasa Mandarin.

Husam Musa pula diihat sebagai penghalang utama Nizar Jamaluddin. Dek kerana itu, Nizar perlu menghalang Husam Musa. Namun takdir telah menentukan bahawa kerja-kerja jahat Nizar Jamaluddin yang barangkali diadaptasi daripada para penasihat yang melihat UMNO secara luaran dan teka-teka, tidak tercapai.

Cerita tersebut tidak disimpan oleh blogger-blogger yang mendapat tahu rahsia Nizar Jamaluddin. Sekalipun mereka tidak menyebut nama Nizar Jamaluddin secara berterus-terang tetapi apabila Norazli dikaitkan dalam penyebaran maklumat tersebut, kebanyakan perwakilan PAS dalam Muktamar Agung Kali Ke-57 sudah boleh meneka pembabitan Nizar Jamaluddin.

Sekalipun dari satu segi kelihatan blogger-blogger menyerang Husam Musa dan Kickdefella namun pada masa yang sama, mereka tidak pernah ketinggalan untuk menyebut bahawa perkara tersebut bocornya dari pihak Nizar Jamaluddin. Atau dengan kata lain, maklumat yang mereka perolehi datangnya daripada pihak Nizar, kalaupun bukan dari tangan Nizar Jamaluddin sendiri.

Natijahnya, bukan sahaja Nizar Jamaluddin yang mendapat undi corot, tetapi juga Idris Ahmad yang banyak menampilkan diri sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini, juga gagal dalam saingan jawatan Naib Presiden PAS. Perak tidak ada wakil dalam lima jawatan teratas walaupun secara dasarnya PAS Perak adalah pencetus kepada glamournya PAS seperti sekarang. Lebih tepat lagi menerusi peranan yang dimainkan oleh Nizar Jamaluddin, meskipun dia hanyalah seorang boneka kepada Ngeh-Nga bersaudara.

Sumber juga menyebut, tarikh penyerahan naskhah pendedahan daripada Norazli adalah pada 30.05.2011. Bagaimanapun, dalam hal ini, sukar untuk dibuktikan kebenarannya. Terdapat banyak teori yang boleh diberikan berhubung kekalahan Nizar Jamaluddin dan team Perak dalam Muktamar Agung PAS kali ini. Pada masa yang sama, maklumat daripada sumber itu juga tidak boleh dipegang seratus peratus memandangkan ia mungkin mempunyai tujuan ‘sebaliknya’. Dan yang pastinya, permainan ini bukanlah permainan UMNO sebaliknya permainan dari dalam PAS sendiri!

Apa-apa pun, Nizar Jamaluddin jelas menjadi pihak yang ditekan dalam muktamar kali ini. Sama ada dia yang bimbang pengaruh Husam akan mengakibatkan dia sukar memperolehi jawatan yang diidam-idamkan atau itu mungkin merupakan salah satu strategi yang gagal diaplikasikan, masa yang akan menjelaskannya. Sebab kebenaran lambat-laun akan timbul, seperti mana yang berlaku kepada PAS dewasa ini.

Kalau dahulu PAS bersungguh-sungguh dengan Negara Islam, tetapi apabila sudah bercampur dengan DAP, akhirnya PAS menerusi Presidennya mengatakan Negara Islam tidak wujud dalam al Quran. Sekaligus memberi isyarat kepada para pengikut PAS yang membuta-tuli bahawa selama berpuluh tahun, mereka adalah tali barut kepada penipuan yang mencacatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Berapa ramai yang telah dikafirkan kerana Negara Islam? Berapa ramai pula yang mati kerana fahaman memperjuangkan Negara Islam walhal perkara tersebut tidak langsung disebut di dalam al Quran?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");