Perak Hari Ini

Pembangkang semakin kering isu

Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman menyifatkan Pakatan Rakyat negeri itu sengaja mengembar-gemburkan isu tempat letak kereta di Batu Gajah sebagai agenda politik mereka.

Malah menurut Hamidah, tindakan pembangkang itu seolah-olah mahu rakyat menuding jari keatas kerajaan negeri sedangkan keadaan lapangan letak kereta di kawasan itu sememangnya terkawal.

“Memang kawasan itu dulunya adalah lapangan tempat letak kereta… tetapi ia kurang digunakan jadi kerajaan negeri menjadikan kawasan itu sebagai medan perniagaan untuk pasar malam dan aktiviti lain bagi rakyat Batu Gajah.

“Walaubagaimanapun… saya tidak nampak ini sebagai satu masalah kerana kesesakan jalan raya dan keadaan tempat letak kereta masih terkawal.

“Saya tidak tahu apa motif pembangkang mensensasikan isu ini… mungkin mereka ini terlalu lapang untuk membuat propaganda yang sebegini,”katanya kepada Peraktoday.

Tambah beliau lagi, tindakan Adun Tronoh, V. Sivakumar  sudah jelas menunjukkan Pakatan Rakyat Perak cuba membakar api kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.

Selain itu jelasnya, tindakan itu juga dilihat sebagai mainan politik murahan DAP dimana ia adalah salah satu cara untuk pembangkang mencipta publisiti murahan.

Sebelum ini, Sivakumar menggesa kerajaan negeri agar menukarkan Laman Local Agenda 21 sebagai lapangan meletak kereta dengan memberi alasan bahawa perniagaan akan terjejas kerana ketiadaan tempat meletak kenderaan.

Bagaimanapun, masalah itu langsung tidak membebankan rakyat malah ia mampu membuka peluang kepada perniaga untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");