Kolumnis

LAWAK DAP BATU GAJAH! BATU GAJAH SESAK TERUK!

DAP barangkali sudah tidak ada isu lagi yang hendak ditaburkan di Perak sehinggakan lapangan letak kereta di sebuah pekan yang sememangnya kesibukannya terkawal. ADUN Tronoh, Sivakumar yang suatu ketika pernah meroyan kerana kehilangan jawatan Speaker DUN, telah turun ke pekan Batu Gajah dan mendapati masalah utama yang berjaya dicungkilnya di pekan Batu Gajah adalah ketiadaan tempat meletak kereta.

Sivakumar kemudiannya meminta agar kerajaan negeri menukarkan Laman Local Agenda 21 sebagai lapangan meletak kereta. Dengan memberikan alasan bahawa perniagaan akan terjejas kerana ketiadaan tempat meletak kenderaan, DAP cuba menimbulkan isu yang sebenarnya tidak wujud.

ADUN Tronoh ini sebenarnya melangkaui sempadan. Masalah melibatkan Majlis Daerah Batu Gajah sebenarnya bukanlah masalahnya tetapi masalah Poh Kuan, Ahli Parlimen DAP. Sebaliknya Sivakumar yang melangkaui sempadan sebenarnya tidak pernah menghiraukan tentang pekan Tronoh yang kian hampir menyerupai Kampung Kepayang.

Menurut penduduk dan peniaga di pekan Tronoh, kelibat Sivakumar tidak pernah kelihatan di Tronoh. Kali pertama dan terakhir dia datang ke pekan Tronoh adalah pada hari berkempen untuk Pilihanraya Umum ke-12. Selepas itu, dia terus menghilangkan diri.

Apakah sebenarnya Sivakumar yang menganggotai pasukan Ngeh-Nga menentang Poh Kuan yang diberitakan mempunyai masalah dengan DAP Perak dan pernah mengambil keputusan untuk tidak lagi bertanding di Batu Gajah? Apakah Sivakumar sebenarnya sedang mengintai-ngintai kedudukan Poh Kuan memandangkan Batu Gajah dengan tiga DUNnya merupakan kubu kuat DAP di Perak?

Mengungkit cerita tentang tempat meletak kereta yang tidak cukup di pekan Batu Gajah sebenarnya merupakan hujah yang paling dangkal dan paling melucukan. Batu Gajah tidak seperti Bandaraya Ipoh, jauh sekali menyamai Bandaraya Georgetown atau Kuala Lumpur mahupun Johor Bahru. Batu Gajah hanyalah sebuah pekan kecil yang kesibukannya tidaklah setara mana.

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh DAP dengan projek-projek pembangunan Kerajaan Negeri Perak di Batu Gajah?

Tidak lain dan tidak bukan kerana bimbang demografi penduduk akan bertukar dan DAP tidak lagi mampu menguasai Tronoh, Menglembu, Jelapang dan Parlimen Batu Gajah.

Sifir politik DAP amat mudah. Sebarang pembangunan yang dirancang, selagi tidak menyebabkan kemasukan lebih ramai peniaga Melayu-Bumiputera ke kawasan tersebut, akan dialu-alukan tetapi apabila bangunan baru yang memperuntukkan kuota Bumiputera, akan ditentang oleh DAP habis-habisan seperti pasar basah Kampung Gunung Rapat, di Ipoh.

Inilah yang berlaku kepada Pasaraya Mydin yang sepatutnya mengambilalih bangunan Super Kinta yang kemudiannya ditentang oleh para peniaga dengan alasan Pasaraya Mydin akan menimbulkan kesesakan lalu lintas luar biasa. Apabila Mydin ingin membuka pusat perniagaan mereka di Buntong, tentangan juga diberikan oleh DAP dan para penyokong DAP dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Walhal alasan sebenar mereka adalah PERKAUMAN dan TIDAK SUKAKAN saingan daripada Melayu-Bumiputera.

Dan apabila Sivakumar si DAP meroyan itu mengatakan ketiadaan tempat meletak kereta di pekan Batu Gajah amat meruncing dan meminta Kerajaan Negeri agar menyediakan tempat letak kereta yang lebih luas, sebenarnya Sivakumar dan DAP amat tidak ekonomi berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri. Sudah sampai masanya, tempat letak kereta tidak lagi boleh di atas tapak lapang, sebaliknya tempat meletak kereta perlu dalam satu bangunan khusus.

Zaman meletak kereta di kawasan lapang sudah lama berlalu. Sivakumar dan DAP bodoh banyak dalam hal ini!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");