Kolumnis

PILIHANRAYA MASJID, AMK MEMANG JELAS AGEN KAFIR!!!

Penulis: Kelembai Bukit untuk Perak Today

AMK Pulau Pinang yang diketuai oleh Amir Ghazali sebenarnya segolongan jahil murakkab yang sebenarnya menjadi agen kaum kafir yang ingin meruntuhkan institusi masjid dan tidak senang melihat umat Islam berada dalam keadaan tenteram serta sentosa aman damai. Walaupun kaum kafir yang menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bertindak secara berterus-terang, tetapi menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Amir Ghazali sememangnya jelas, DAP dan Lim Guan Eng telah mempergunakan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam yang berada di bawah kuasa mereka untuk memastikan umat Islam kekal berpecah belah.

Peringatan yang diberikan oleh AMK Pulau Pinang kepada penduduk Islam negeri tersebut benar-benar menggelikan hati. Sepatutnya mereka yang merupakan sebahagian daripada pihak yang menguasai negeri itu, AMK berusaha untuk menyatupadukan umat Islam, malangnya apa yang berlaku ialah AMK pula bertindak sebagai pemantau kepada perpecahan yang kekal berlaku.

Dengan kata lain, AMK tidak mahu umat Islam bersatu walaupun di masjid. Sebaliknya dengan menjadikan UMNO sebagai pihak sesahan, AMK berharap umat Islam akan saling menaruh perasaan curiga-mencurigai antara satu sama lain. (RUJUK DI SINI)

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua AMK Pulau Pinang, kita boleh jangkakan bahawa dia ini bukan jenis yang gemarkan masjid. Juga tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di masjid-masjid seluruh negara. Baginya masjid hanyalah tempat untuk menagih undi dan meletakkan kaum Pakatan Rakyat bagi menjamin, umat Islam dan orang Melayu di negeri tersebut boleh dipengaruhi dengan lebih mudah dan untuk tempoh yang panjang.

Biarpun Imam, Khatib dan Bilal merupakan jawatan yang tidak dipertandingkan kerana pada ketiga-tiga jawatan tersebut, wujud hak kerajaan dan KDYMM Yang Dipertuan Agong, nampaknya Ketua AMK Pulau Pinang tidak tahu hal tersebut. Beranggapan bahawa UMNO menguasai masjid selama ini dan bimbang pilihanraya akan menyebabkan UMNO kehilangan hak ke atas masjid, merupakan pendapat paling bodoh yang pernah keluar dari mana-mana pemimpin yang kelihatan seperti orang Melayu dan kelihatan seperti orang yang beragama Islam.

Itulah padahnya jikalau segelintir manusia bodoh dan hodoh diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin. Mereka tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya lebih banyak mendatangkan kerosakan. Golongan seperti Amir Ghazali akan menggunakan apa-apa sahaja cara demi mendapatkan kuasa kerana tujuan hidup mereka adalah untuk berkuasa. Lantaran itu, pilihanraya masjid dikatakan satu tindakan yang bijak sekalipun Amir Ghazali sangat sedar bahawa natijah daripada pilihanraya masjid itu amat buruk kesannya.

Selama ini, jawatan-jawatan yang tidak berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang, dilaksanakan menerusi pemilihan dari kalangan anak-anak qariah. Pemilihan dibuat oleh golongan yang menjadikan masjid sebagai ‘rumah kedua’ mereka. Golongan yang gemar berjamaah tak kiralah apa pegangan politik mereka sekalipun. Dengan kata lain, golongan yang enggan ke masjid dan keberatan untuk menjadikan masjid sebagai ‘rumah kedua’ tidak mempunyai hak untuk memilih AJK masjid.

Paling menarik apabila dia mengatakan, masjid di bawah UMNO lesu dan tidak aktif. Sebenarnya masjid menjadi lesu dan tidak aktif bukan kerana UMNO yang mengawalnya. Kalau diperhatikan dan diperhalusi, kebanyakan AJK masjid sebenarnya dikuasai oleh puak-puak yang sangat taksub dengan PAS. Sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang apabila abang kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Zakaria Ahmad tanpa segan silu membacakan doa selamat ke atas Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri yang majoriti daripada mereka adalah kaum kafir.

Masjid dan surau lesu adalah kerana sikap umat Islam sendiri yang hanya ke masjid pada hari Jumaat. Ada yang memberi alasan, mereka bosan ke masjid kerana terlalu banyak politik kepartian yang berlaku di masjid kariah mereka. Dan sememangnya ia berlaku dan terus berlaku. Sikap golongan yang ke masjid dan memandang serong kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan masjid juga, merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan jemaah. Itu belum lagi cerita tentang golongan yang serba pandai menghukum yang menjadikan masjid sebagai sarang mereka.

Saya akan menyambung cerita tentang masjid, politik di masjid serta perlantikan jawatan-jawatan di masjid mengikut sudut pandangan Siyasah Syariah… sesuatu yang cuba ditinggalkan oleh Pakatan Rakyat walaupun PAS suatu ketika dahulu menjadikan Siyasah Syariah sebagai senjata utama mereka untuk memburukkan nama UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");