Kolumnis

Sampai Bila PAS Hendak Berbohong Tentang Hudud Kelantan?

Nik Abdul Aziz berbunyi lagi tentang hudud yang gagal dilaksanakan di Kelantan meskipun Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan telah diluluskan oleh DUN Kelantan semenjak 1993 lagi. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz tidak mengakui kesalahan dan kelemahan yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan atau lebih dikenali sebagai Hudud PAS Kelantan.

Menariknya, Nik Abdul Aziz cuba memindahkan segala kesalahan tersebut kepada Tun Dr. Mahathir yang menurutnya adalah orang yang menghalang perlaksanaan hukuman tersebut. Dalam hal ini, Nik Abdul Aziz tidak bercakap benar. Malah tidak ada nilai langsung daripada kata-kata Nik Abdul Aziz meskipun pada pertemuan dengan 160 orang blogger Pro Pakatan di Hotel Grand Season Kuala Lumpur tidak lama dahulu, dia berjanji untuk membuktikannya menerusi surat Tun Mahathir yang dikirimkan kepadanya untuk menghalang perlaksanaan hukum hudud tersebut.

Para pencacai PAS segera menyorak dan mempercayai bulat-bulat kata-kata Nik Abdul Aziz. Walhal apa yang berlaku sebenarnya adalah bertentangan sama sekali seperti yang dilafazkan oleh Nik Abdul Aziz. Menariknya, dalam pada mereka sendiri mengetahui Nik Abdul Aziz tidak berani melaksanakan hukum hudud yang didraf itu, mereka masih lagi berani menyatakan bahawa UMNO menentang Islam kerana cara tersebut dianggap dapat menjatuhkan martabat UMNO.

Perhatikan surat Tun Dr. Mahathir kepada Nik Abdul Aziz dan perhatikan sendiri bagaimana Tun Dr. Mahathir mensyarahkan kepada Nik Abdul Aziz tentang konsep hukum Islam yang perlu dan wajib dilaksanakan oleh mana-mana pihak yang mengakui mereka beragama Islam. Syarahan Tun Mahathir di dalam suratnya kepada Nik Abdul Aziz jelas menggambarkan kepada kita bahawa Nik Abdul Aziz di sebalik jubah dan serbannya, tidaklah sepandai mana pun.

Surat Mahathir kepada Nik Aziz bukan lagi rahsia. Tiada rahsia yang dapat disembunyikan lagi dan tidak lagi boleh ditipu-tipu. Seperti juga alasan Nik Abdul Aziz dan PAS tidak melaksanakan Hudud di Kelantan. Antara contohnya ialah yang terdapat dalam BLOG ini.

Manakala penjelasan panjang lebar di sebalik hikmah Mahathir menegur Nik Aziz tentang perlaksanaan keadilan menurut hukum dan undang-undang Islam pula, terdapat di SINI.

Sampai bila sebenarnya PAS dan Nik Abdul Aziz hendak terus menipu tentang perlaksanaan Hudud di Kelantan? Yang kelakarnya, ada juga macai-macai yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud hanya akan menyebabkan Kelantan dirampas oleh kerajaan Mahathir dan Hudud akan dihapuskan!

Dalam pada mereka mengatakan hudud adalah hukuman daripada Allah Taala, rupa-rupanya ketakutan PAS terhadap manusia dan kehilangan kuasa mengatasi segala-galanya.

Mengapa tidak diceritakan tentang ujian Allah Taala dalam bentuk Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dan isteri kawan baiknya di Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu yang mengakibatkan Nik Abdul Aziz tersentap dan langsung senyap tentang Hudud versi PAS Kelantan? Ianya pula berlaku selepas Mahathir mencabar Nik Abdul Aziz untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Persekutuan akan mengikutinya selepas itu.

Apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanyalah menyalahkan Dr. Mahathir sedangkan ruang dan peluang telah diberikan kepadanya. Hanya kerana Mat Sabu adalah orang kuat PAS yang ditangkap berkhalwat, maka Nik Abdul Aziz segera menutup peluang tersebut dengan alasan-alasan dangkalnya setelah bertahun-tahun berkempen tentang keadilan hukum Islam?

Siapa sebenarnya yang menolak hukum Hudud dan siapa sebenarnya yang menjadikan Hudud sebagai modal untuk berkempen dan berkuasa?

Mahathir kah atau Nik Abdul Aziz kah? Mengapa kalau Mahathir, Nik Abdul Aziz masih lagi meroyan dengan terus berdusta dan berbohong!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");