Perak Hari Ini

SEGi Enclave mampu rancakkan ekonomi negeri

Pembinaan Kolej SEGi Kampus Perak diharap dapat merancakkan pembangunan pendidikan di negeri itu selaras dengan perancangan dalam Gagasan Perak Aman Jaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata projek pembinaan SEGi Enclave di kawasan Kledang, Ipoh itu bakal menjadi satu mercu tanda kepada peningkatan sistem pendidikan di negeri itu.

Jelas beliau, dengan kewujudan SEGi Enclave itu nanti ia sudah tentu dapat menambahkan lagi bilangan penduduk di kawasan berkenaan.

Ini sekaligus akan dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dibandar itu dengan pertambahan aktiviti perniagaan yang sebelum ini hanya bergantung kepada hasil kilang semata-mata.

“Dari segi perancangannya pembinaan kolej ini akan mengambil masa dalam tempoh setahun setengah… jadi apabila siapnya SEGi Enclave ini, Perak akan menerima ribuan penduduk yang terdiri daripada pelajar dan pekerja kolej.

“Ia akan membantu kerajaan negeri dalam usaha membangunkan pendidikan tinggi dimana ia sekaligus dapat menjadikan Perak sebagai hub pendidikan kosmopolitan.

Tambah Zambry, dengan kedudukan kampus yang berdekatan dengan pusat bandar Ipoh ia sudah tentu akan membantu memacu Perak menjadi sebuah negeri metropolis yang berjaya.

Selain itu katanya, perkembangan institusi pendidikan ini juga dianggap sebagai satu pentanda yang sihat dalam menggalakkan sektor swasta untuk bersama-sama memikul tanggungjawab bagi membangunkan prasarana pendidikan di Perak.

Zambry berkata demikian di Majlis Pecah Tanah SEGi Enclave di Klebang, Ipoh pagi tadi.

Menurut Zambry, peringkat awal projek pembinaan kampus berkenaan telah memakan kos sebanyak RM 300 juta di atas tapak seluas kira-kira 60 ekar.

Katanya, kos pembinaan itu akan meningkat sehingga RM 500 juta di fasa seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");