Perak Hari Ini

Datuk Shalimin dilantik S/U Politik MB Perak

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan perlantikan Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie sebagai setiausaha politik baru beliau.

Menurut beliau, perlantikan itu dibuat bagi menggantikan tempat Datuk Ismail Safian yang kini bertanggungjawab sebagai setiausaha sulit kanan kepada Menteri Besar.

Menyentuh perihal Shalimin, beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pelaburan Negeri Perak dan dianggap calon terbaik untuk memegang jawatan itu kerana turut berperanan sebagai Ketua Bahagian Umno kawasan Taiping.

Disamping itu, sebagai salah seorang pemimpin yang disegani, Shalimi juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri serta Pengerusi Sekretariat Ekonomi.

Selain pengalaman dalam bidang politik yang meluas, Shalimin juga mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan sektor perkhidmatan, pembekalann dan peruncitan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");