Perak Hari Ini

Apa lagi yang Ambiga nak?

Seperti yang dilaung-laungkan penganjur BERSIH, perhimpunan itu diadakan bagi menghantar memorandum yang menyatakan beberapa tuntutan mereka terhadap kerajaan kepada Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Namun dari segi logiknya, matlamat kumpulan itu dilihat sudah pun dicapai setelah Ambiga menghadap Tuanku Mizan bersama-sama Sastarawan Negara A.Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin selaku ahli jawatankuasa penganjur Bersih 2.0.

Jadi mengapa perlu Pakatan Pembangkang membuat perhimpunan di stadium pula?

Sudah jelas disini, niat sebenar Ambiga dan konco-konconya adalah semata-mata untuk membuat kekecohan dengan mempertaruhkan nyawa rakyat.

Persoalan ini turut dipersetujui oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika menyatakan pendapat beliau berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di stadium.

“Misi utama perhimpunan ini adalah untuk menghadap Yang DiPertuan Agong bagi menghantar memorandum jadi dengan perjumpaan Ambiga yang dipanggil untuk menghadap Tuanku maka misi ini secara tidak langsung telah dilaksanakan.

“Namun kita lihat…mereka ini masih berdegil untuk mengadakan perhimpunan…dan sekarang nak buat di stadium…stadium mana tu kita tak tahu lagi lah.

“Rakyat perlu sedar, kumpulan-kumpulan yang dicipta oleh pakatan pembangkang ini adalah sengaja diada-adakan… dan mereka ini sengaja menyemarakkan api kebencian rakyat sehingga akhirnya rakyat sendiri yang sengsara.

Tambah Zambry, jika dilihat pada sudut yang lebih mendalam, terdapat kemungkinan bahawa misi sebenar perhimpunan Bersih ini dilakukan bukanlah untuk menghantar memorandum kepada Yang DiPertua Agong.

Sebaliknya ia lebih menjurus kepada, niat mereka untuk menghancurkan keamanan selain mencabar undang-undang dan perlembagaan negara.

“Mereka menyatakan perhimpunan itu dianjurkan oleh beberapa NGO dan langsung tidak ada kaitan dengan parti politik…namun kita tahu disebalik Bersih 2.0 itu adalah melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

“Sudah jelas disini, Ambiga dan yang lain-lain itu sengaja memperbodohkan rakyat.

Terdahulu Ambiga meminta semua pihak khususnya mereka yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 untuk memberi kerjasama dengan perkembangan terbaru ini kerana “ia adalah langkah yang terbaik buat masa sekarang.”

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengecam hebat hasrat Bersih 2.0 untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara bagi menuntut pilihanraya umum adil dan telus.

Perhimpunan itu disokong oleh parti- parti pembangkang namun ditolak oleh Barisan Nasional yang mendakwa tidak ada sebarang isu mengenai kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Polis juga mendakwa pihak tertentu mahu menggunakan perhimpunan itu untuk kononnya menghidupkan semula fahaman Komunis.

Keadaan yang tegang itu akhirnya reda dengan campurtangan Yang diPertuan Agong yang menggesa penganjur Bersih untuk mengadakan dialog dengan kerajaan dan membatalkan perarakan itu, sungguhpun niatnya baik.

Ambiga memberitahu pemberita, pihaknya akur keperluan untuk mengadakan perhimpunan itu disebuah stadium dengan mengambil kira aspek- aspek keselamatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");