Perak Hari Ini

Dimana JPS: Rakyat sudah jemu buat aduan

Penduduk di kawasan Kampung Parit Satu, di sini berharap parit berhampiran penempatan mereka lebih kerap dicuci bagi mengelak berlakunya banjir besar.

Seorang penduduk, Yahya Abdullah, 40, berkata, kerja pembersihan yang dilakukan di parit itu akan memudahkan laluan air.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), namun tiada tindakan diberikan.

:“Keadaan parit terlalu kotor dan tersumbat sehingga menyekat laluan air untuk ke kawasan aliran sungai berhampiran.

“Bukan sahaja dipenuhi sampah sarap malah semak samun di tepi parit juga jarang dibersihkan menyebabkan aliran air tersekat,” katanya kepada Sinar Harian.

Yahya berkata, sekiranya hujan lebat melanda, kebanyakan kawasan rumah penduduk ditakungi dan dimasuki air.

Sebagai penduduk, katanya, mereka sudah tidak sanggup berdepan ancaman banjir seperti yang pernah berlaku ada 2004 dan tahun lalu yang menjadi insiden banjir terburuk dalam sejarah Alor Pongsu.

Jelas beliau, kerja naik taraf jalan yang dilakukan di kawasan itu juga memberi kesan kepada kedudukan kediaman penduduk yang jauh lebih rendah dari permukaan jalan.

“Kami sudah tidak sanggup lagi menyambut hari raya di kawasan penempatan bagi mangsa banjir, harap pihak berkenaan dapat memantau keadaan ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah yang berlaku,” katanya.

-Sinar-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");