Perak Hari Ini

MPKK: Nak nama komersial, abai Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan atau Bahasa Melayu adalah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia dan atas faktor itu bahasa dianggap sebagai jiwa bangsa.

Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul perlu mendaulatkan bahasa kebangsaan dimana ia sealigus akan menzahirkan citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing’. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.

Penggunaan Bahasa Malaysia seharusnya menjadi kemestian terutama dikalangan jabatan-jabatan kerajaan. Adalah memalukan sekiranya agensi dan pentadbiran tempatan sendiri tidak menghargai dan mengagungkan baha kebangsaan negara.

Namun apa yang dilihat, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) seolah-olah mula menunjukkan taringnya apabila agensi itu lebih mengutamakan bahasa barat dalam pemberian nama projek-projek yang dibangunkan di bandar tersebut.

Sudahlah bandar Kuala Kangsar disinonimkan sebagai Bandar DiRaja, dan dianggap sebagai salah satu lokasi perlancongan bersejarah di Perak, sepatutnya penggunaan bahasa kebangsaan perlu lebih dititikberatkan oleh pihak MPKK.

Lebih teruk, sebelum ini kerajaan negeri telah pun menyarankan pihak MPKK supaya mengambilkira penggunaan Bahasa Malaysia untuk nama yang diguna pakai selain pada tempat tumpuan ramai atau papan tanda.

Namun, MPKK bukan sahaja tidak mengendahkan teguran tersebut malah tanpa rasa bersalah mempertahankan tindakan mereka yang menggunakan bahasa Inggeris pada nama beberapa kawasan tarikan pelancong.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika ditemui memberitahu, nama yang diguna pakai pada tempat tumpuan ramai atau papan tanda hendaklah mengambil kira kedudukan dan taraf Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja.

“Saya telah menegaskan kepada MPKK supaya mengambil langkah segera membetulkan dan bukannya membuat kenyataan untuk mempertahankan perkara ini.

“MPKK perlu ingat dalam konteks Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja, maka nama yang diguna pakai untuk sesuatu tempat di bandar itu perlu mengambil kira tarafnya.

Justeru bagi menyedarkan MPKK, kerajaan negeri terpaksa mengarahkan pihak agensi terbabit supaya mengutamakan bahasa Melayu dalam pemberian nama projek-projek yang dibangunkan di bandar tersebut.

Zambry berkata, arahan mengutamakan bahasa rasmi bukan sahaja terhad kepada MPKK, tetapi semua pihak berkuasa tempatan (PBT) lain juga telah diberikan arahan sama.

Katanya, walaupun penggunaan bahasa Melayu diberi keutamaan, ini tidak bermakna kerajaan menafikan peranan bahasa asing.

“Saya telah menegaskan bahawa bahasa utama adalah bahasa Melayu, bahasa Inggeris boleh digunakan namun penggunaannya tidak perlu lebih besar berbanding bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita dan lambang identiti di sesuatu tempat. Oleh itu saya harap MPKK mengambil maklum arahan kerajaan negeri ini dan mencari istilah yang tepat bagi menterjemahkan penggunaan nama Sayong Riverfront,” katanya.

Inilah sindrom yang dihadapi dikalangan rakyat Malaysia. Hendak diharapkan penggunaan nama tempat dalam Bahasa Malaysia oleh pihak swasta, memang sukar sekali. Kini jabatan kerajaan sendiri pun tidak mahu menggunakan bahasa sendiri malah lebih bangga meletakkan nama yang kononnya lebih moden.

MPKK harus sedar, sebagai agensi kerajaan, mereka harus mengutamakan aspek jati diri dan semangat cintakan negara dalam setiap projek atau program yang dilaksanakan. Janganlah terikut-ikut dengan rentak pihak swasta yang lebih cenderung memilih nama yang lebih komersial pada kawasan-kawasan yang dibangunkan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kebimbangan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mengenai peningkatan penggunaan bahasa Inggeris dalam menamakan bangunan dan tempat tumpuan ramai termasuk yang menjadi ikon pelancongan di Kuala Kangsar.

Gesaan itu turut disokong oleh beberapa persatuan lain termasuk orang ramai yang mahu MPKK mendaulatkan bahasa Melayu di bandar diraja tersebut.

Bagaimanapun semalam, Yang Dipertua MPKK, Datuk Mohd Shafie Ariffin menjelaskan penggunaan nama dalam bahasa Inggeris termasuk pada projek taman dan landskap di tebing Sungai Perak, adalah berasaskan pada nilai komersial dan bagi kemudahan untuk pelancong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");