Berita Hari Ini

Stadium perlu ditempah: Perbadanan Stadium Malaysia

Pihak yang mahu menggunakan stadium kelolaan Perbadanan Stadium Malaysia untuk sebarang acara perlu mengikut prosedur sedia ada termasuk membuat tempahan terlebih dahulu, kata wakil perbadanan itu hari ini.

Menurutnya, mereka juga perlu membayar ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada peralatan atau harta benda stadium.

Diminta mengulas mengenai hasrat satu kumpulan untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini, wakil itu berkata buat masa ini, belum ada keputusan rasmi sama ada kumpulan itu diberi permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

“Kami juga sedang menunggu keputusan Kabinet (mengenai perkara itu),” katanya.

Wakil itu berkata bahawa secara peribadi, beliau berharap penganjur perhimpunan itu akan memilih venue lain kerana bimbang akan berlaku vandalisme pada harta benda stadium.

Pengerusi penganjur perhimpunan itu, Datuk S Ambiga, dilaporkan berkata perhimpunan itu akan diadakan di Stadium Merdeka dari 2 hingga 4 petang Sabtu ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");