Kolumnis

OTAK ADA TAK MAHU FIKIR, SEKARANG TERJERIT TERLOLONG!

Amaran telah diberi. Peringatan sudah berulang kali. Nasihat pula bagaikan mencurah air ke daun keladi. Malangnya tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang memilih untuk memikirkan tentang kepentingan rakyat, sebaliknya lebih memikirkan tentang tembolok serta perut masing-masing. Kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat melihat rakyat boleh dipergunakan untuk mereka merampas takhta di Putrajaya dengan lebih cepat dan lebih mudah!

Itulah senarionya yang sedang berlaku.

Polis telah terpaksa menggunakan kaedah menutup jalan-jalan utama yang masuk ke pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan pada masa yang sama, mengeluarkan senarai 91 orang yang dilarang daripada memasuki pusat bandar. Bagaimanapun, tindakan polis menutup jalan, bukan sahaja menyukarkan pihak pemimpin Pakatan Rakyat, sebaliknya menyukarkan lebih 2 juta warga kota yang lain untuk berurusan.

Sebahagian pejabat diarahkan berhenti beroperasi pada pukul 5 petang tadi. Premis-premis perniagaan telah pun ditutup dan berhenti beroperasi sehinggalah hari Isnin. Penjaja-penjaja kecil dan peniaga pasar malam, turut tidak berniaga.

Semuanya kerana BERSIH yang dikatakan akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga!

Ahli Parlimen Pokok Sena yang berpejabat di Bangunan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, marah kerana dia tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur dan kononnya tidak boleh bekerja. Manakala Teresa Kok yang merupakan salah seorang penghasut dan pencetus rusuhan, mengatakan arahan pihak polis sebagai ‘menahannya’ dalam rumah kerana rumahnya di pinggir bandaraya.

Paling menarik apabila Ketua Pemuda UMNO turut bernada sama seperti para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain!

Sewaktu merancang untuk mengadakan huru-hara dan kekacauan di tengah Bandaraya, tidak pernahkah mereka terfikir pihak polis akan mengambil tindakan yang lebih keras dan tegas sehingga perlu menutup Bandaraya Kuala Lumpur daripada didatangi oleh warganya sendiri?

Sudah tentu mereka memikirkannya tetapi masing-masing berasa mereka lebih besar dan lebih tinggi daripada undang-undang, maka mereka tetap juga meneruskan hasrat mereka.

Sekarang, apabila polis sudah mengenakan sekatan, mengapa pula mereka bising-bising? Sendiri yang bikin masalah, mengapa pula nak salahkan pihak lain? Yang mengaturkan kekacauan dan huru-hara adalah Pakatan Rakyat, mengapa pula polis dan UMNO-BN yang dipersalahkan?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");