Perak Hari Ini

Polis Perak tahan 41 orang terbabit perhimpunan haram

Polis Perak menahan 41 orang di beberapa daerah di negeri ini sejak Jumaat lepas hingga semalam kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penganjuran perhimpunan haram yang akan dijadual diadakan pada Sabtu ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, mereka yang ditahan turut membabitkan beberapa wakil rakyat pembangkang, individu dan seorang guru agama.

Mereka ditahan kerana didapati berkumpul dan memakai baju dengan lakaran ”Bersih” serta mengagihkan baju-T ”Bersih 2011” dan risalah mengenai perhimpunan haram, katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di sini hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan di Sungai Siput, Kuala Kangsar, Batu Gajah dan Ipoh mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis serta Seksyen 108 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang dan polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang masih meneruskan kegiatan itu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");