Isu Panas

Anwar Sudah Hilang Pengaruh, Kata Bekas Pengasas PKR

Seorang daripada pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yon berkata sebenarnya bukan satu kejutan apabila pakatan pembangkang mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Ng yang sudah keluar daripada PKR, berkata pakatan pembangkang kini dilihat membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudahhilang pengaruh dalam pakatan itu.

“Kita nampak Anwar kini sudah tidak relevan untuk terus menjadi pemimpin (PKR) kerana dia (Anwar) banyak masalah peribadi…keluar masuk mahkamah, tambahlagi kes video seks yang mengaitkan beliau.

“Bukan itu sahaja banyak lagi janji yang tidak di tunaikan, jadi saya tidak terkejut jika pihak pembangkang mencari alternatif untuk mencari pengantipemimpin mereka supaya dapat memimpin parti dengan betul,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Ng keluar daripada PKR kerana kecewa terhadap kepimpinan PKR yang menurutnya bukan lagi berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar berjuang untukmemenuhi kehendak Anwar. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");