Kolumnis

Unisel bakal bangkrap selepas Yayasan Selangor?

Universiti Selangor merupakan sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Universiti tersebut pada asalnya hanyalah sebuah kolej, namun ia telah dinaik taraf berstatus universiti. Universiti tersebut ditubuhkan di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor. Itu fakta.

Ketika BN memerintah Selangor, tidak pernah sekali pun Kerajaan Negeri itu campur tangan dalam hal ehwal pengurusan dan dalaman universiti tersebut. Malah, pengurusan tertinggi IPT tersebut diberikan kuasa untuk menentukan hala tujunya sendiri. Kerajaan Negeri pula hanya memantau sekiranya universiti tersebut ada masalah dan kadangkala Kerajaan Negeri bertindak menyuntik dana tambahan di universiti itu. Itu juga fakta.

Namun, sejak Pakatan Haram mengambil alih Unisel, huru-hara jadinya universiti itu. Pelajarnya tidak dapat dikawal dan dipantau dengan baik. Ramai yang telah mencabuli AUKU, namun pihak pengurusan dan pentadbiran hanya mengambil sikap tidak peduli. Hinggakan pelajarnya terlibat dengan demonstrasi pun dibiarkan begitu sahaja. Itu fakta lagi.

Selain itu, dikhabarkan Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim dikatakan sengaja menaja pelajar-pelajar itu untuk menyertai Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu. Malah pelajar terbabit bernaung di bawah sebuah NGO haram yang menggelar diri sebagai solidariti. Pun dibiarkan juga tanpa sebarang tindakan disiplin di ambil. Ini juga fakta.

Terbaru, Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang sememangnya terkenal lebih suka berpolitik berbanding buat kerja untuk rakyat telah dikatakan bertindak campur tangan dalam hal ehwal pengurusan Unisel. Bukan campur tangan biasa, ia campur tangan politik! Hasilnya, Naib Canselornya, Dr. Rosti, meletak jawatan serta merta! Ini fakta baru!

Dr. Rosti berkata, beliau tidak mahu menjadi alat politik satu pihak yang mahu beliau menyingkirkan tiga orang pegawai Unisel tanpa menggunakan prosedur yang sah. Justeru, tidak mahu bertindak zalim dan menjadi Pak Turut ahli politik “gampang”, Dr. Rosti letak jawatan. Itu fakta terbaru..!

Persoalannya, inikah sebuah Kerajaan Negeri yang telus, mulus, suci dan SELCAT? Mengapa ada campur tangan politik dalam hal akademik. Politikus bukan ahli akademik. Politikus seperti Khalid dan DAP hanya tahu rakus menzalimi rakyat, manakala ahli akademik lebih tahu apa yang perlu mereka lakukan, lebih-lebih lagi Naib Canselor seperti Dr. Rosti.

Sewajarnya, perkara ini tidak berlaku di Selangor sebagai sebuah negeri yang paling “advance”. Dikatakan Yayasan Selangor hampir bankrap dikerjakan rejim Khalid dan DAP. Dengan campur tangan politik di Unisel, apakah IPT itu akan mengikut jejak langkah Yayasan Selangor? Kita tunggu dan lihat bagaimana Khalid Gagap hancurkan satu persatu apa yang dibina tinggi oleh BN di Selangor…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");