Perak Hari Ini

Mangsa tanah runtuh semakin stabil

Kondisi kedua-dua mangsa parah tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang hari ini dalam keadaan stabil.

Mangsa, Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan parah dimana patah dibahagian bahu kanan dan pada tulang punggung, manakala  Serry Priary a/p Suri, 15 tahun tercedera dengan kepatahan pada kaki kanan.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa, Faridah a/l Bah Anjang menceritakan ketika kejadian terdengar bunyi dentuman kuat serta angin hitam dari atas bukit berhampiran.

Katanya, pada mulanya dia sekeluarga menganggap ia hanya runtuhan kecil dan hanya perlu menyelamatkan barang-barang penting sahaja.

Namun antara jam 5 ke 6 petang, keadaan menjadi semakin serius apabila runtuhan yang lebih besar berlaku sehingga menyebabkan Faridah menjerit dan meminta nenek, ibu serta ayahnya menyelamatkan diri.

Bagaimanapun jelas Faridah, ketika kejadian, ayahnya sedang leka mendengar radio dan tidak sempat menyelamatkan diri.

“Ayah saya tak dengar kami menjerit meminta tolong dan menyuruh dia keluar selamatkan diri… hanya ibu dan nenek terselamat dari kecederaan.

“Akibat angin yang terlalu kuat telah menyebabkan ayah saya tercampak lalu tertimbus di dalam runtuhan terbabit.

“Dari apa yang diberitahu… ayah nya terselamat setelah dia mencuba mengorek lubang udara menggunakan tangannya bagi membolehkan dia bernafas,”katanya.

Menurut Faridah, dia kini bersyukur kerana keadaan bapanya kini semakin stabil dan berharap akan pulih sepenuhnya menjelan Aidilfitri.

Katanya, setakat ini kesemua ahlikeluarganya yang terselamat berada di pusat penempatan sementara yang disediakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");