Perak Hari Ini

Perak saran intitusi pendidikan contohi Sri Murugan Centre

Kerajaan Perak menyarankan intitusi pendidikan lain supaya mencontohi Pusat Sri Murugan terutama dalam aspek persediaan menghadapi peperiksaan dikalangan pelajar-pelajar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu Sri Murugan merupakan salah satu intitusi di negeri itu yang menyediakan model-model pendidikan terbaik dan berinovasi kepada anak-anak beragama hindu.

Katanya, pusat berkenaan sebelum ini telah memberi sumbangan yang membanggakan dimana kebanyakan pelajarnya telah berjaya dengan cemerlang dan sekaligus merealisasikan Pelan Perak Aman Jaya dalam usaha menjadikan rakyat negeri itu berpengetahuan tinggi.

“Pusat ini telah memberi penekanan dalam aspek persiapan mental dan spiritual bagi anak-anak ini lebih bersedia menghadapi peperiksaan sama ada di peringkat UPSR, PMR, SPM mahupun STPM.

“Jadi kita rasa cara ini banyak membantu anak-anak ini sehingga mereka mampu mendapat keputusan yang cemerlang dan cara ini patut diaplikasikan oleh intitusi-intitusi pendidikan lain.

“Tidak salah untuk masyarakat lain meminjam cara yang baik ini untuk perkembangan pendidikan anak-anak…kerajaan negeri sudah tentu akan memberi galakan penuh,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Pelajar Pusat Sri Murugan di Ipoh, Pagi tadi.

Majlis yang berlangsung seluruh negara itu telah melibatkan lebih 100 ribu pelajar-pelajar beragama Hindu dan 4,000 daripadanya berkumpul di Sri Murugan, Perak.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk  S.K Devamany selain Speaker Dun, Datuk R. Ganesan.

Dalam pada itu, bagi menyemarakkan lagi aktiviti pendidikan pusat berkenaan kerajaan negeri telah pun meluluskan kira-kira 1.3 ekar tanah bagi tujuan mengembangkan Sri Murugan di kawasan itu.

Menurut Zambry lagi, berikutan terdapat beberapa keperluan untuk kerajaan negeri meluluskan tanah tersebut dimana ia bertujuan untuk mengembangkan intitusi pendidikan itu.

Sehubungan, beberapa bulan lalu kerajaan negeri membuat keputusan untuk meluluskan permohonan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");