Kolumnis

Pelbagai usaha Pas untuk menghina Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Parti Pas dilihat sejak kebelakangan ini telah mencuba beberapa kali mencari kelemahan perlembagaan untuk menghina kerajaan atau lebih tetap lagi mengkritik Umno

Pas pada peringkat awal cuba bermain isu agama, Pas menuduh Umno ingin mengkafirkan umat Islam dengan meletakkan syarat bahawa seorang anak hanya boleh diletakkan agamanya apabila berusia 18 tahun. Seorang bayi yang dilahirkan kedunia tak boleh diletakkan agama Islam dalam surat lahir atau kad pengenalannya.

Ini lah isu yang dimainkan oleh Pas dalam ceramah dan tazkirah mereka pada 2007 dahulu di setiap surau dan masjid.

Akhirnya Pas malu sendiri apabila pembohongan mereka diketahui tidak benar dan bercanggah dengan apa yang terdapat dalam perlembagaan.

Ulamak yang merangka draf perlembagaan awal-awal lagi telah meletakkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan oleh bangsa lain. Di tokok lagi bahawa agama lain tidak boleh atau cuba mengembangkan agama mereka kepada orang Melayu yang beragama Islam.

Menentukan agama juga hanya tertakluk kepada anak-anak bangsa dan agama lain, ia tidak terpakai kepada anak-anak orang Melayu yang beragama Islam.

Bab ini Pas kantoi dan malu sendiri.

Pas pernah buat bantahan mengenai PPSMI dan ia jelas menunjukkan Pas diperkudakayu atau diperbabikan oleh Dap.
Pas mengusung keranda bertulis terhapusnya akta 152 perlembagaan persekutuan, kerana kecewa dengan kerajaan yang melaksanakan PPSMI. Pada hal program PPSMI sangat berjaya untuk meningkat kecenderungan dan kebolehan pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris. Sekarang PPSMI dihapuskan. Padan muka Pas dan Dap. Siapa yang rugi?

Pas berjaya mengheret A. Samad Said, Dato Dr. Hassan Ahmad, Prof. Ismail Hussein, Prof. Shahril Muhd Zain, Dinsman, Dr. Nik Safiah Karim, Ainon Muhamad, Dinsman, Bahasa Zain, Hasni Abas, Razali Endon dan ramai lagi maju ke depan bersama meneruskan perjuangan ini.

Akan datang kita akan lihat istilah sains kuno seperti ‘maging, maun dan maserba’ akan digunakan kembali bagi menggantikan bahasa Inggeris yang lebih tepat.

Azmil Mustafa atau Ali Setan sekali lagi menjadi jurucakap Pas dalam memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan kononya Umno mengagongkan perlembagaan kafir Lord Reid dan menolak perlembagaan Allah.

Pas berkata, negara sudah merdeka 54 tahun, komunis sudah tiada, tetapi kenapa masih ada lagi dasar penjajah dalam perlembagaan kita? Contohnya ISA, Ordinan Darurat, Akta Mesin Cetak dan banyak lagi.

Jarum halus Pas sekali lagi dimainkan agar orang Melayu menentang perkara yang disebutkan di atas. Apa yang sebenar Pas utarakan di atas ialah agenda PKM dan bila perkara-perkara tersebut dihapuskan senanglah mereka mengganas kembali kerana terhapusnya tiga empat perkara di atas.

Pas menuduh Umno menggunakan perlembagaan kafir atau penjajah juga telah disangkal. Pas malu kerana Perlembagaan negara dibuat dan ditulis oleh alim ulamak yang hebat ketika itu. cerdik pandai melayu telah membuat perlembagaan dan diserahkan kepada pegerusinya iaitu Lord Reid untuk menulis kembali dalam bahasa perundangan dengan dibantu oleh dua hakim Islam yang terkenal dari India dan Pakistan.

Pas harus ingat British yang menjajah kita pun tidak mempunyai perlembagaan bertulis, sedangkan kita sebuah negara Tanah Melayu yang akan merdeka pada 1957 telah berusaha untuk membuat sebuah perlembagaan persekutuan secara bertulis. Oleh itu tuduhan Pas bahawa perlembagaan kita adalah perlembagaan kafir ternyata salah.

Kita tunggu selepas ini apa yang nak dikorek oleh Pas dalam mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan terhadap Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");